PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.
YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.
Gambar hari Ini
Solat.
PALESTINE
Saturday 30 June 2007
Wednesday 27 June 2007
Rakan Sebilik di Taibah Hotel
Dallah Taibah, hotel 4 bintang yang terletak di hadapan Masjid Nabawi. Cikgu Hj Aziz, Ustaz Aris Hazlan, Hisyam dan Pakcik Hj Hassan.
Posted by ochea at 22:35 0 comments
Tuesday 26 June 2007
Masjid Nabawi
Masjid Nabawi di Madinah... Sesiapa
yang beribadat di dalam masjid ini pahalanya bersamaan dengan seribu kali ganda daripada masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram. Di dalam masji inilah terdapatnya Makam Rasulullah saw, Saidini Abu Bakar dan Saidina Umar... Untuk keterangan lanjut sila layari www.ibnu-ismail.blogspot.com
Posted by ochea at 23:06 0 comments
Monday 25 June 2007
Rakan Sebilik
Rakan-rakan sebilik sewaktu di hotel penginapan di Makkah. Saiful, hazril, pakcik Sabar, atoi dan Koi. Gambar diambil di pintu gerbang berbentuk rehal di sempadan tanah haram........
Posted by ochea at 20:34 0 comments
Sunday 24 June 2007
Masjid Quba
Nabi saw pernah bersabda bahawa sesiapa yang datang ke masjid Quba dalam keadaan telah berwuduk dari tempat tinggalnya lalu dia mengerjakan solat di dalamnya, maka pahalanya sama dengan sekali melakukan umrah. Jadi rebutlah peluang ini, jika anda berkesempatan untuk menziarahi masjid Quba ini.
Posted by ochea at 21:43 0 comments
Thursday 21 June 2007
Makam Syuhada
Alakari bergambar berlatar belakangkan Makam Syuhada.Makam yang menempatkan para pejuang Islam yang gugur SYAHID sewaktu
berjuang dalam peperangan UHUD.Antara yang terkorban termasuklah Saidina hamzah,bapa saudara nabi.
Posted by ochea at 23:10 0 comments
Jabal Rummah
Bersama Alakari di atas Jabal Rummahbukit yang menempatkan pasukan memanah tentera islam sewaktu Peperangan Uhud.Akibat ingkar kepada pesanan Rasulullah s.a.w menyebabkan pasukan memanah ini turun ke bawah meninggalkan bukit ini.Keadaan ini menyebabkan tentera islam tewas dalam peperangan ini.
Posted by ochea at 23:06 0 comments
Wednesday 20 June 2007
Dalam Masjidil Haram (tingkat atas).Ramai jemaah sedang bertawaf mengelilingi kaabah.Walaupun cuaca panas tetapi para jemaah tetap tabah melakukan tawaf.
Posted by ochea at 11:04 0 comments
Gambar di tempat penternakan unta.Kat sini boleh tengok unta dan dapat minum susu unta.Bersama-sama rakan setugas dari SK Sulaiman, Bentong.
Dari kiri :Kak Ita, Kari, Aku, Sifu Aris dan Kak Ina.
Posted by ochea at 10:59 0 comments
Wednesday 13 June 2007
Kembara di Bumi Ambia
Bukit di mana tempat pasuka memanah yang ditugaskan oleh rasulullah untuk berkawal semasa berlakunya peperangan uhud.Namun disebabkan oleh perasaan tamak untuk mendapatkan harta rampasan perang menyebabkan mereka meninggalkan bukit ini.Ini telah menyebabkan tentera islam telah tewas dalam peperangan uhud ini.
Posted by ochea at 23:04 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)