PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday 29 March 2008

cuti-cuti Malaysia 07 ( Part III )



Kakak ngan sepupu-sepupunya sedang mandi manda dan bermain pasir.

cuti-cuti Malaysia 07 ( Part II )





Berkelah di Pantai Batu Feringgi, Pulau-Pinang.

Gambar 1: Pak Teh ngan family dia, siap bawa ulam petai lagi.
Gambar 2: Ayah macam tak berselera jer makan tu.
Gambar3 : family abah....ada lagi yang tak ikut ni.
Gambar 4: Koyie kenyang layan sms jer, tak makan pun takpe dah.

cuti-cuti Malaysia 07







Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau-Pinang Dec 07.

Thursday 20 March 2008

Terima Kasih Semua


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita telah mencapai kemenangan di Baling. Malah bukan sahaja baling tetapi sekarang kita telah memerintah Kedah negeri yang kita cintai. Kemenangan ini merupakan ujian dari Allah kepada kita semua baik pemimpin mahupun penyokong perjuangan islam.

Rakan -Rakan di Kg Bkt Iboi,
Jangan kita berdendam dengan mereka-mereka dari sebelah sana. Musim pilihanraya telah tamat, sekarang adalah waktu untuk kita merapatkan kembali silaturrahim yang renggang semasa tempoh berkempen PRU baru-baru ini. Kehidupan kita di sini yang harmoni tanpa mengira fahaman politik jangan diubah semata-mata kerana kita telah memerintah negeri sekarang ini. Di sini bukan ada orang lain, semuanya saudara mara kita juga. Sebelah sana pak sedara, sebelah sini adik abang.

Rakan - rakan Semua....
Jangan direbut dewan orang ramai yang terdapat di kampung ini, jika mereka tidak mengizinkan kita menggunakannya biarlah. Selama ini pun kita tidak pernah menggunakannya. Kita masih boleh menggunakan surau sebagaimana kebiasaan kita lakukan. Jika mereka mengizinkan, alhamdulillah gunakan dengan sebaik-baiknya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Pimpinan / menteri besar tidak pernah mengarahkan kita untuk merampas dewan-dewan ( balai raya ) yang terdapat di kampung kita. Jadi patuhlah kepada arahan pimpinan demi kelangsungan kerajaan rakyat ini.

Rakan-Rakan Semua.....
Sekarang peluang kita untuk memerintah Negeri Kedah ini dengan izin Allah. Jadi sekarang semua akan menilai bagaimana pimpinan kita yang diketuai oleh Ustaz Azizan Razak memerintah negeri ini. Jika kita melakukan kesilapan kita akan dihentam, jika sebaliknya kita diterima bukan sahaja oleh pihak kita tetapi rakan-rakan dari sebelah sana. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah Taala memanjang hayat kerajaan rakyat ini.

Ahkhir sekali.....
Kepada rakan-rakan yang berkerja keras sepanjang musim PRU 12 baru-baru ini, terima kasih yang tak terhingga.Semoaga apa yang dilakukan mendapat balasan pahala dari Allah. maaf kerana aku tak dapat berkerja bersama-sama dengan kalian kerana kekangan tugas di perantauan. Apapun syukur kerana undi aku sama-sama memenangkan Ustaz Taib Azamudden di Parlimen Baling. Sayangnya kita tewas secara bermaruah di N30 Bayu...

Sunday 16 March 2008

MB Kedah Yang Baru( KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA)




Ustaz Azizan Bin Abdul Razak Menteri Besar Kedah Pasca PRU 12.
-Anak Kelahiran Sg Limau Dalam, Yan, Kedah.

  • - Dilahirkan pada tahun 1944.

Pendidikan.

- SK Sg Limau.

- Maktab Mahmud, Alor Star ( 1959-1965)

- Universiti Al-Azhar

- University of Kent, canterbury

Kenduri Rakyat






















Para petugas jentera pilihanraya PAS N30 BAYU dan penyokong diraikan dengan kenduri rakyat pada hari mengundi 8 mac 2008.


Markas PAS UPU Kg Bkt Iboi, Kupang. Di sinilah tempat berkumpulnya para penyokong untuk melakukan gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon Pas dalam PRU12 dahulu.

PRU 12


Tok Guru MB Kelantan