PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Friday 23 May 2008

Cuti

Selamat bercuti kepada semua warga kerja SK Sulaiman, Bentong. Kepada rakan-rakan yang akan pulang ke kampung berhati-hati dijalan raya. Kepada yang tak balik jengok-jengok la sekolah. Buat la apa yang patut, markah pksr 2 lum settle lagi tu, pas cuti GPK nak dah. Aku ? Sure la balik kampung ! Bila lagi nak balik kalau bukan musim cuti sekolah ni. Bestnye cuti datang lagi

Wednesday 21 May 2008

Kuliah Maghrib ( Tafsir Pimpinan Ar-Rahman )

Tempat : Masjid Tengku Sulaiman, ketari, bentong
Masa : Selepas Solat Magrib
Penyampai : Ustaz Aris Hazlan ( SK Sulaiman )
Surah : Surah A-LI'IMRAAN
Ayat : Ayat 121 - 129.


Ringkasan Kuliah.

Ayat 121 hingga 129 ini membicarakan tentang Peristiwa Peperangan Uhud.Peperangan Uhud berlaku disebabkab oleh sifat dendam golongan kafir quraisy terhadap orang islam. Orang kafir quraisy ingin membalas dendam di atas kekalahan mereka dalam Peperangan Badar.
Orang kafir mempunyai kekuatan tentera seramai 3000 orang manakala di pihak tentera muslimin seramai 1000. Namun di pertengahan jalan seramai 300 orang munafik telah menarik diri dari menyertai Rasulullah, mereka ini di bawah pimpinan bapa munafik Abdullah bin ubay. Peperangan ini berlaku di luar Kota Madinah setelah rasulullah bersetuju dengan cadangan beberapa sahabat agar keluar berperang di luar kota.

Wasiat Rasulullah.

Kaum Muslimin berangkat menuju ke medan pertempuran sehingga mereka tiba di hujung gunung Uhud, dan menduduki puncak gunung tersebut. Nabi berkata kepada mereka :"Tidak ada seseorang pun yang memulai peperangan, sebelum aku memerintahkannya untuk berperang ."
Nabi mempersiapkan satu pasukan memanah yang terdiri daripada 50 orang aggota diketuai oleh Abdullah bin Jubair. Mereka diperintahkan oleh rasulullah agar tidak meninggalkan puncak bukit itu, sama ada kaum muslimin mencapai kemenagan atau kekalahan.

Kemenangan Seketika.

Peperangan Uhud berlaku dengan hebat sekali, tentera muslimin berjaya membuatkan tentera kafir kacau bilau. Setiap kali mereka cuba untuk merempuh benteng tentera muslimin mereka akan dihujani dengan panahan dari pasukan memanah. Kaum musyirikin merasa takut dan gementar lalu mereka lari meninggalkan medan peperangan sambil meninggalkan harta mereka. kaum muslimin mengejar mereka sambil mengumpul harta-harta yang ditinggalkan.

Kekalahan selepas Kemenangan.

Pasukan memanah yang ditugaskan oleh rasulullah mulai terpengaruh dengan harta rampasan perang. mereka berniat untuk meninggalkan bukit itu. Abdullah bin Jubair mengingatkan mereka tentang pesanan rasulullah namun mereka ingkar dan meninggalkan bukit tersebut untuk mengumpul harta rampasan perang. Keadaan ini disedari oleh tentera kafir yang diketuai oleh Khalid al Walid. Khalid telah mengambil kesempatan ini untuk menyerang bukit itu dan membunuh semua tentera islam yang masih berkawal di situ. kaum musyrikin memukul dan menyerang tentera islam dari belakang. Ini menyebabkan tentera muslimin kacau bilau dan ada beberapa sahabat lari meninggalkan medan perang.

Akhirnya setelah peperangan tamat, tentera muslimin mengkebumikan tentera islam yang gugur syahid iaitu seramai 70 orang.Antara para syuhadah uhud ialah Saidina Hamzah, Mush'ab bin Umair, Hanzhalah bin abu Amir, Amru bin al-Jamuh dan anaknya Khallad bin Amru. Rasulullah merasa sedih dengan apa yang menimpa umat islam,apatah lagi melihat mayat bapa saudaranya yang menyayat hati.


Antara Pengajaran Dari Peristiwa Peperangan Uhud.

1) Patuh dan taat kepada perintah Allah dan RasulNya.
2) Sikap bermusyawarah dalam setiap urusan.
3) Golongan Munafik memperlihatkan sikap sebenar mereka.Berhati-hati dengan golong munafik.
4) Perjuangan para sahabat untuk menebarkan ajaran islam.
5) Para sahabat sanggup menggadaikan nyawa masing-masing untuk mempertahankan rasulullah.



Medan Uhud,tempat berlangsungnya peperangan uhud. Di atas bukit inilah rasulullah menempatkan 50 orang pasukan memanah.




Makam syuhada Uhud, di sinilah bersemadinya jasad 70 tentera islam yang gugur syahid semasa peperangan uhud. Alfatihah.....

Monday 19 May 2008

Tazkirah Dari Blog Sahabat

JALAN ITU JALAN KITA


Tazkirah ini dahulunya saya tulis untuk diri saya dan sahabat-sahabat Comrade yang seperjuangan di dalam menyebarkan dakwah kepada orang asli. Perjuangan yang memerlukan kekuatan jiwa, banyak sabarnya yang tidak terluah dengan kata-kata. Dan kini saya tujukan juga untuk mereka yang berjuang untuk menyebarkan Islam.. Kita semua adalah bersaudara.. ALlahu Akbar!
...........................................................................................................................................................................

Sahabat jangan bosan dengan perjalanan dakwah ini, jalan yang telah biasa kita tempuhi selama ini. Jalan ini yang telah mendekatkan kita antara satu sama lain, jalan ini telah memberitahu kita siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya yang perlu dijadikan pengajaran. Sebuah perjalanan dakwah tidak akan sunyi dari pancaroba dan pahit getir ujian. Jangan engkau berundur dari denai yang menguji jiwa ini, maklum sajalah ia tidak menjanjikan apa-apa pangkat dan kehormatan untuk engkau berbangga, tidak pula memberikan sedikitpun gaji untuk engkau terima, dan tidak pula menjamin bahawa perjalanan ini mudah dan menyebabkan hati engkau akan menjadi tenang selalu.

Sahabat, jalan ini adalah jalan kita, bukankah engkau dahulu menyatakan dengan perasaan dan hati berkobar-kobar ingin meninggikan Islam di mata manusia? Bukankah engkau dahulu pernah berikrar bersama-sama untuk sanggup mati sebagai syuhada’ di jalan mulia ini? Kerana tidak semua manusia dapat dinilai kualiti dirinya sekiranya tidak mengalami ujian di dalam medan dakwah ini, benarkah kita ini hanya pandai berkata-kata mulut manis santun bicara, tetapi setiba sahaja panggilan jihad ini maka engkau mengundurkan diri dengan memberikan seribu satu alasan yang anak kecil pun boleh mereka-reka cerita dengannya.

Sahabat, cuba engkau perhatikan dalam-dalam kata-kataku ini, cuba buka laut fikirmu, benarkah bagai dikata bahawa engkau mengaku dirimu bersaudara dengan setiap Muslim dan Mukmin? Sedangkan dirimu masih mencintai diri sendiri melebihi saudara-saudara kita? Engkau sanggup tidur lena di tilam empuk sedangkan ada saudara-saudara kita menjerit hati batinnya untuk belajar tentang Islam tetapi tiada orang yang ingin menyambut tangan-tangan yang memerlukan ini.

Di sana ada musuh yang tidak tega melihat Islam tertegak, di sana ada orang yang berpura-pura seperti api dalam sekam ingin melihat Islam itu hancur, dan mereka ketawa apabila orang Islam telah menanggalkan pakaian Islam di hati dan zahiriyyah mereka. Dan ketika itu di dalam hatimu telah terjadi peperangan antara iman dan nafsumu yang menggelodak, sekiranya nafsu menabiri mata maka di dalam perjalanan dakwah ini engkau telah tertewas dan untuk kesekian kalinya ada sahaja jiwa lain yang seaqidah dengan kita turut sama terkorban kerana orang yang ditunggu untuk menyelamatkan mereka telah melarikan diri dari medan dakwah hanya kerana nafsu itu lebih bererti dari iman baginya...

Bagaimana diri ini sahabat, kita tidak lebih dari hamba Allah yang berjalan untuk singgah sebentar melepaskan lelah, dan dalam kelelahan itu ada sahaja tawaran yang menarik mata hati untuk tinggal lebih lama di situ padahal kita tahu perjalanan perlu diteruskan, dan tempat persinggahan itu tidak lama lagi akan hancur lebur. Tidak perlulah aku mengulang lagi akan kisah kesedihan, kesakitan, keperitan dan kepenatan di jalan ini. Kerana hanya mereka yang faham sahaja akan tersenyum riang dan tabah serta berazam untuk terus berada di jalan ini.

Biarlah usaha kita ini dipandang kecil, orang memandang rendah, tetapi Tuhan melihat kita dengan pandangan rahmat, jiwa-jiwa kita dipayungi dengan iman dan Islam. Ditakdirkan kita mati sebelum dapat mencapai cita-cita murni, mudah-mudahan kita tidak keseorangan kerana diri kita telah menyatu di dalam menolong agamaNya ini. Sesunngguhnya tiada yang lebih tinggi dari Islam kerana Islam itu adalah yang tertinggi. Semoga Allah bersama-sama dengan kita... Aminn..

Tazkirah ini ditulis oleh ibnu nafis :www.jarumemas.blogspot.com

LADAP Part 3





Afiq, Hisyam dan kak zie sempat berposing di atas jambatan gantung menuju ke stesyen Flying Fox



















































Dua orang hero SK Sulaiman bersiap sedia untuk berlepas.

LADAP PART II

Gambar-gambar sebelum aktiviti meredah hutan....



Sebelum masuk hutan kita posing dulu....kata Kak Ani.



Sempat lagi bergambar, rehat jap penat la mendaki bukit ni. Kak Ha GPK Pentadbiran ( baju putih) releks jerrr



Ni pakat dok baca peta topo ke ? Pas ni nak ikut kanan ke kiri




Sementara nak tunggu depa turun jom tangkap gambaq dulu....omar, pok lah, hisyam n Ida

Kursus LADAP

Pihak pentadbir SK Sulaiman telah mengadakan kursus LADAP bagi guru-gurunya. Kursus ini telah diadakan pada 17 mei yang lalu bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong. Seramai 58 orang guru terlibat dalam menjayakan kursus ini yang di ketuai oleh GPK KOkurikulum En. Abdul Razab dan En Alakari sebagai penyelaras program.








Thursday 15 May 2008

Terima Kasih Cikgu

Sekalung budi, setinggi penghargaan buat semua warga pendidik. Sempena Hari Guru, jutaan " Terima Kasih " diucapkan kepada semua insan-insan murni yang telah memupuk, mendidik dan membantu anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
sejarahnya dimulakan dengan guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat " cikgu " kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Ucapan terima kasih buat para guru yang pernah membimbing diri ini.

Sunday 11 May 2008

Ibu...Syurga di Bawah Telapak Kakimu


Ya Allah cucuri rahmat ke atas mak. Ya Allah kurniakanlah ganjaran pahala kepada mak di atas penat lelah mak membesarkan kami adik beradik. Ya Allah restui mak dalam mengharungi kehidupan mendatang.Doa kami semoga mak tabah, sabar,dan redha dalam menempuh hari-hari mendatang. Ampun dan maaf dipohonkan seandainya selama ini kami adik beradik ada melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan mak.
Selamat hari Ibu buat bonda tersayang (Pn Zaliha binti Che Mee ) Tanpa mak kami semua tak akan lahir ke dunia ini.

Saturday 10 May 2008

Selamat hari Ibu



Selamat Hari Ibu buat isteri tersayang (Pn Feruza Emi bt Abd Malek). Semoga akan menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak kita.
Semoga segala pengorbanan mama untuk membesarkan anak-anak kita mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.Insayallah segala penat lelah, mendidik, membesar dan melayan karenah anak-anak yang sedang membesar tidak akan sia-sia.
Sabar dan tabahlah dalam menghadapi karenah anak-anak.

Tuesday 6 May 2008

Masjid Nabawi...Madinah al munawwarah....


Masjid Nabawiterletak di Madinah, Arab Saudi.Masjid Nabawi sentiasa 'hidup'dengan amalan-amalan para pencinta agama. Masjid Nabawi, masjid kedua barkahnya selepas Masjidil Haram sentiasa sibuk dengan amalan solatnya, bacaan al-qurannya serta majlis-majlis ilmunya.
Masjid Nabawi di dalamnya bersemadi insan yang paling agong di dunia iaitu Rasulullah SAW.Di luarnya terdapat makam-makam para sahabat.Masjis Nabawi sentiasa memancarkan cahaya hidayahnya menyinari seluruh pelusok alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad SAW...