PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday 27 December 2008

Holiday

Cuti sekolah ni selain balik kampung sempat juga bawa family jalan-jalan tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku n family pergi jalan-jalan ke Cameron Highland. Dari kampung di Baling, Kedah kita orang bertolak jam 8.30 pagi melalui Grik, Lenggong, K.Kangsar, Ipoh, Simpang Pulai n sampai di Brinchang lebih kurang pukul 12 tengahari. Orang cakap kalau nak ke CH baik ikut Simpang Pulai dekat sikit, tapi aku rasa jauh la. Keta yang adik aku drive habis setangki minyak. Mak aku cakap dah tak nak datang lagi selepas ini,jauh sangat katanya.Perjalanan yang memenatkan. Anak sedara aku Najwa ngan nafis muntah-muntah dua tiga kali sebelum tiba di CH. Apapn bila dah tiba di sana subhanallah memang mendamaikan, dengan cuacanya yang dingin dan pemandangan yang mempesonakan.Di sini aku letak beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa di CH.




Berhenti melepaskan penat sambil betulkan urat-urat yang bersimpul di Green View Garden. Mak Teh terkejut coz dia beli ais krim rm1 satu padahal kalau dekat kampung 1 seposen jer katanya. Itu dekat kampung la Shah, jangan la bandingkan dengan kat sini..



Lepas mengisi perut di Tanah Rata, masa ni baru lepas hujan. Kat sini nafis lintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Nyaris-nyaris nak dilanggar kereta. Syukur alhamdulillah kalau tidak bercuti kat hospital CH kami hari tu.
Break dulu sambung lagi nanti....

0 comments: