PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday 5 September 2009

Solat Hajat ( UPSR )



Masjis berbuka puasa, solat maghrib, dan solat hajat sempena dengan peperiksaan 2009 telah diadakan di Masjid Bandar Bentong pada hari Rabu 02 September yang lepas. Solat hajat ini diadakan sebagai ikhtiar bagi murid-murid tahun 6 SK Sulaiman yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula hari Selasa nanti. Allah SWT mengajar kita supaya berdoa kepadaNya untuk memohon kejayaan setelah kita telah membuat persediaan yang sebetulnya. Solat hajat merupakan penyerahan kita kepada Allah SWT selepas kita telah melakukan persediaan yang terbaik untuk mencapai kejayaan.
Solat hajat ini telah diadakan di Masjid Bandar Bentong yang dihadiri oleh murid tahun 6 dan ibu-bapa masing.

Majlis dimulakan dengan majlis berbuka puasa dengan menu utama nasi tomato. Semua orang menikmati hidangan berbuka puasa dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri kepada Allah SWT. Selepas itu diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan ada yang meneruskan dengan solat isyak dan tarawih. Ada yang pulang seusai solat hajat kerana meneruskan solat isyak dan terawaih di masjid atau surau yang berhampiran dengan kediaman masing-masing.
Semoga Allah SWT mengmakbulkan doa kita semua. Semoga dengan usaha kecil ini semua murid-murid SKS akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR kali ini. Insyallah...


Antara guru-guru yang hadir dan sempat dirakamkan gambar-gambar mereka.

0 comments: