PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Sunday 7 February 2010

Kem Motivasi Dan Khemah Ibadah Tahun 6

Program hujung minggu untuk murid-murid Tahun 6 SK Sulaiman anjuran bersama unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Unit Bina Insan. program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian program ialah, ceramah motivasi, kuliah maghrib, qiamullail, bacaan yasin dan LDK berkaitan solat.

Solat maghrib dan kuliah maghrib diketuai oleh Ustaz Zamri Bin Basri

Slot motivasi disampaikan oleh Ustaz Hj Aris Hazlan bin Ismail

Guru dan murid berqiamullail bermula jam 5 pagi. Alhamdulillah murid-murid begitu bersemangat untuk mendirikan qiamullail sehinggakan ada yang sudah bangun pada jam 3 pagi.

Ya Allah kami sujud memohon kepada Mu ...kurniakanlah kepada kami fikiran yang cerdas, agar kami menjadi murid yang pintar dalam mendalami ilmu.


Gelagat beberapa orang murid yang sempat dirakamkan.
Aktiviti riadah dipimpin oleh Cikgu Rosnizal

Semoga program ini akan memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dab juga tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT.

Monday 1 February 2010

Masa Berlalu

Cepat tul masa bergerak sekarang. Hari ni dah masuk bulan kedua tahun 2010. Kekadang tu beli suratkhabar pun tak sempat nak baca. Mengimbas kembali 10 tahun di alaf baru terasa begitu cepat masa berlalu.

Tahun 2000.
- Masih belajar dalam Semester 4 di MPTAA sekarang di kenali dengan IPTAA.
- Praktikum di Felda Ulu Jempol bersama dengan member kamcing Yusman dan juga Atie dan CT.
- Solo lagi masa ni masih dok mencari cinta. Haha...


Tahun 2001.
- Semester akhir di MPTAA, praktikum di SKTF Bentong.
- Posting ke Sabah.
- Ngajar di sekolah pertama SK Lotong, Kudat Sabah.
- Beli motor EX5 dengan gaji pertama sebagai guru. ( SAA 2013 B )

2002.
- Still di Sabah.
-Merisik orang yang jadi wife sekarang.
-Minta tukar sekolah tapi tak dapat.

Tahun 2003.
- Sah menjadi suami kepada Pn Feruza Emi binti Abd Malek.
-Pertama kali ditimpa kemalangan, langgar anjing sewaktu balik dari sekolah.
Patah tulang selangka.
-Still di Sabah.

Tahun 2004.
- Menjadi ayah kepada Farah Amalia binti Alhisyam.
- still tak dapat tukar sekolah.
-Apply balik semenanjung.
- Beli Kereta Produa Kelisa PGA 5531.

Tahun 2005.
- Bertukar dari Sabah ke Pahang Darulmakmur.
- Ngajar SJKC Telemong.
-Lahir arif Amsyar bin Alhisyam.

Tahun 2006.
- Tukar sekolah ke SK Sulaiman, Bentong.
- Tinggal menyewa di Taman Kolej, Bentong.
- Kehidupan yang penuh dengan dugaan sebagai suami isteri.

Tahun 2007.
- Still ngajar di SK Sulaiman.
-Berpindah ke Taman Bentong Makmur.
-Menunaikan umrah bersama ustaz Aris, dan Kari.

Tahun 2008.
- Dah makin tua, uban dah mula memutih di kepala.
- Still di SK Sulaiman.
- Perkahwinan adik ipar ( Faziha Binti Abd Malek )

Tahun 2009.
- Masih mengajar di SK Sulaiman.
- Kepulangan ayah mertua ke Rahmatullah ( alfatihah )
- kedatanga orang baru ( Arif Fahmi bin Alhisyam )
- Perkahwinan adik ( Yusof )