Salam semua kawan-kawan....hehe dah bersawang dah laman blog aku ni. Entah lah zaman orang tergila-gilakan Facebook ni, aku pun dah jadi malas untuk menulis dan merakamkan gambar dalam blog ni. Insyallah jika masih ada kekuatan dan minat terhadap blog ni, aku akan terus mengemaskinikannya.
PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.
Gambar hari Ini

Seloka Kedah
Solat.

Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan
PALESTINE

Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.
Monday, 25 October 2010
Sunday, 6 June 2010
Perhimpunan Membantah Kekejaman Zionis Israel

Posted by ochea at 22:31 0 comments
Friday, 19 March 2010
Aktiviti Tetap.
Aktiviti yang tidak pernah gagal bila balik kampung ialah...bermain air di Lata Chelak dan Makan Ayam di RFC Sungai Petani.
Posted by ochea at 16:38 0 comments
Sunday, 7 February 2010
Kem Motivasi Dan Khemah Ibadah Tahun 6
Program hujung minggu untuk murid-murid Tahun 6 SK Sulaiman anjuran bersama unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Unit Bina Insan. program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian program ialah, ceramah motivasi, kuliah maghrib, qiamullail, bacaan yasin dan LDK berkaitan solat.


Slot motivasi disampaikan oleh Ustaz Hj Aris Hazlan bin Ismail

Guru dan murid berqiamullail bermula jam 5 pagi. Alhamdulillah murid-murid begitu bersemangat untuk mendirikan qiamullail sehinggakan ada yang sudah bangun pada jam 3 pagi.

Ya Allah kami sujud memohon kepada Mu ...kurniakanlah kepada kami fikiran yang cerdas, agar kami menjadi murid yang pintar dalam mendalami ilmu.

Posted by ochea at 16:52 0 comments
Monday, 1 February 2010
Masa Berlalu
Cepat tul masa bergerak sekarang. Hari ni dah masuk bulan kedua tahun 2010. Kekadang tu beli suratkhabar pun tak sempat nak baca. Mengimbas kembali 10 tahun di alaf baru terasa begitu cepat masa berlalu.
Tahun 2000.
- Masih belajar dalam Semester 4 di MPTAA sekarang di kenali dengan IPTAA.
- Praktikum di Felda Ulu Jempol bersama dengan member kamcing Yusman dan juga Atie dan CT.
- Solo lagi masa ni masih dok mencari cinta. Haha...
Tahun 2001.
- Semester akhir di MPTAA, praktikum di SKTF Bentong.
- Posting ke Sabah.
- Ngajar di sekolah pertama SK Lotong, Kudat Sabah.
- Beli motor EX5 dengan gaji pertama sebagai guru. ( SAA 2013 B )
2002.
- Still di Sabah.
-Merisik orang yang jadi wife sekarang.
-Minta tukar sekolah tapi tak dapat.
Tahun 2003.
- Sah menjadi suami kepada Pn Feruza Emi binti Abd Malek.
-Pertama kali ditimpa kemalangan, langgar anjing sewaktu balik dari sekolah.
Patah tulang selangka.
-Still di Sabah.
Tahun 2004.
- Menjadi ayah kepada Farah Amalia binti Alhisyam.
- still tak dapat tukar sekolah.
-Apply balik semenanjung.
- Beli Kereta Produa Kelisa PGA 5531.
Tahun 2005.
- Bertukar dari Sabah ke Pahang Darulmakmur.
- Ngajar SJKC Telemong.
-Lahir arif Amsyar bin Alhisyam.
Tahun 2006.
- Tukar sekolah ke SK Sulaiman, Bentong.
- Tinggal menyewa di Taman Kolej, Bentong.
- Kehidupan yang penuh dengan dugaan sebagai suami isteri.
Tahun 2007.
- Still ngajar di SK Sulaiman.
-Berpindah ke Taman Bentong Makmur.
-Menunaikan umrah bersama ustaz Aris, dan Kari.
Tahun 2008.
- Dah makin tua, uban dah mula memutih di kepala.
- Still di SK Sulaiman.
- Perkahwinan adik ipar ( Faziha Binti Abd Malek )
Tahun 2009.
- Masih mengajar di SK Sulaiman.
- Kepulangan ayah mertua ke Rahmatullah ( alfatihah )
- kedatanga orang baru ( Arif Fahmi bin Alhisyam )
- Perkahwinan adik ( Yusof )
Posted by ochea at 20:29 0 comments
Sunday, 10 January 2010
Sampai Juga
Tn. Haji Aris Hazlan Bin Ismail akhirnya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke teratak Ochea di Kg Bukit Iboi, Kupang , Baling, Kedah Darulaman.
Next time datang awal sikit ustaz...sian salman nak mandi sungai tak dapat coz sampai dah malam.
Posted by ochea at 20:11 0 comments
Sunday, 27 December 2009
Aktiviti Musim Cuti
Makteh mengabadikan gambar bersama anak-anak saudaranya di RFC Sungai Petani.Sesiapa yang bercuti ke utara tanahair, jangan lupa singgah di Radix Fried Chicken di Sungai Petani. Rasanya enak dan dijamin halal 100%.
Posted by ochea at 00:34 0 comments