PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Sunday 28 June 2009

Gelora Kembori Pengakap.

Kembori pengakap daerah Bentong telah diadakan pada 22 Jun hingga 25 Jun 2009. Kembori ini melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh daerah bentong. Kembori ini ini diadakan di Pulau Santap, Janda Baik.
Atas arahan sekolah aku pun menghantar juga pesrta ke kembori ini. 9 orang ahli pengakap tahun lima dipilih untuk mengikuti kembori ini. Rancangan awal untuk menghantar 14 orang peserta namun berlaku penarikan diri disaat akhir menyebabkan 9 orang sahaja yang tinggal.
Cikgu yang terlibat ialah Cikgu Affindi (guru penasihat pengakap sekolah) dan aku la sapa lagi. Cikgu Zakiyamani juga terlibat tetapi sebagai urusetia.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir menjengok kami di Pulau Santap sepanjang kembori berlangsung.
Sebenarnya banyak peristiwa luar jangka yang berlaku. Peristiwa ini bukan berlaku di Janda Baik tempat kembori berlangsung, tetapi meletup di SKS. Ada orang mengamuk tak tentu pasal kerana kembori ini. Hairan...ada manusia boleh hilang kewarasan kerana kembori ini. Ada manusia sanggup mengeluarkan ungkapan " besar rantai dari Beruk" gara-gara kembori ini. Ada Ketua Kampung yang sanggup bertegang urat dengan JKKK gara-gara kembori ini. Yang pastinya ada jiwa yang terluka. Perasaan hormat sesama insan hilang gara-gara kembori ini. Bukan kembori yang harus dipersalahkan tetapi sikap egoistik, autokratik,dan individualistik yang menguasai diri menyebabkan ada insan hilang pertimbangan.
Apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Asidah ( GPK KoKo, Juliya, Oja, Ida, Kak Noridah( GPK HEM ), Ijal dan Alakari yang sudi datangmenjengok dan memasak makan malam untuk kami. Terima kasih daun keladi.......Antara gambar yang sempat dirakamkan semasa kembori.

Sebelum makan kena baca doa dulu. Petang ni giliran sape baca doa.?



Antara acara yang dipertandingkan semasa kembori berlangsung. Masakan rimba dan kraftangan. Budak-budak ni nak masak roti lilit dah brtukar jadi cengkodok la. Cikgu dah bagitau jangan bancuh tepung cair, dorang pi bantai letak sebaldi air dalam tepung tu.Yang ni plak dorang nak buat rakit. Pening kepala cikgu masa briefing semalam suruh buat benda lain bila time bertanding buat rakit la pula. Aduh.. pening...peningBro Fendi dah tak daya lagi nak melayan karenah ahli-ahli pengakap. kepala dia yang hampir tiada rambut itu mula berdenyut-denyut.....Inilah ahli-ahli pengakap SKS yang menyebabkan Cikgu Fendi sakit kepala.Menu yang paling sedap sekali sepanjang kembori hasil sentuhan Cikgu Ida. Tak caya ke? Tanya Cikgu Alakari la.

Memang sedap masakan pada petang ni. Macam-macam ada sampai tak termakan budak-budak pengakap tu.
Ni sape pula yang tengah berlakon memasak ni. Macam penah nampak je mamat ni. Setahu aku kat umah pun tak penah memasak dia ni.Masak apa bro...?
Inilah aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh setiap ahli kembori....mandi sungai....

Tuesday 16 June 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Yusof Bin Ahmad dan HaszimahBinti Zakaria yang telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei 2009. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan anak-anak yang comel.

Di sini aku paparkan beberapa keping foto menarik semasa kenduri perkahwinan Pak Lang Usop.

Warna hijau putih menjadi warna pilihan di meja tempat pengantin makan beradab. Warna ini menjadi warna " kegemaran " ayah aku.




Mengaminkan bacaan doa sebelum menikmati hidangan. Doa dibacakan oleh Saudara Izan yang juga merupakan sepupu pengantin lelaki merangkap pengapit pengantin pada hari tersebut. Baju merah paling kanan ialah abang kedua kepada pengantin.Bergambar kenangan bersama family di meja makan pengantin. Tak boleh makan bersama pengantin, dapat bergambar pun jadi lah.....

Mak dalam wajah gembira kerana anak" bertuahnya" telah selamat melangsungkan perkahwinan. Mak diapit oleh anak dan cucu-cucunya.