PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Friday 28 August 2009

Kewajipan Berzakat

Kewajipan zakat telah disebut dalam al-quran Surah Taubah ayat 60 :

" Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakn dirunya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk ( dibelanjakan pada ) jalan Allah, dan orang-orang musafir ( yang keputusan ) dalam perjalanan. ( ketetapan hukum yang demikian itu ialah ) sebagai satu ketetapan ( yang datangnya) dari Allah. Dan( ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana ".

Sketsa Ramadhan

Bila datang bulan ramadhan bermacam ragam dan peristiwa pelik yang melanda manuasia...antaranya:

Surau dan masjid penuh sesak, kalau bulan-bulan lain nak dapat satu saf pun susah.
Mamat-mamat yang tak penah nampak kat masjid sebelum ni, tiba-tiba ada.
Ramai manusia berubah menjadi alim dengan tiba-tiba...
Bulan lain tak pernah pakai jubah, ramadhan berjubah
bulan lain tak pernah berserban, ramadhan berserban
Bulan lain tak pernah nak buka al-quran, ramadhan al-quran sentiasa ditangan.
Bulan lain tak pernah bersongkok, ramadhan tak lekang songkok di kepala

Yang ni pula.....
Ramadhan ramai berbaris nak memiliki sebiji murtabak, bulan lain tak makan murtabak pun...
Ramadhan tengok air bandung meleleh ayaq liuq, bulan lain tak pandang pun

yang ni masih lagi sama....
Tak kira bulan ramadhan ke , bulan syawal ke atau bulan apa pun....pi bazar ramadhan ke, pi pasaraya ke, pi pasar malam ke still lagi berpakaian sendat, ketat.. bulan ramadhan ni hormat la sikit hak orang lain...cara berpakaian awak tu mengganggu ketenteraman orang lain, tak pasal-pasal nanti kurang pahala puasa orang yang memandang.

Thursday 27 August 2009

Nostalgia 9801

Keterangan gambar :
Duduk dari kanan : Seme, Duan, Fadhil ( Poid), Hisyam( Ise), Nazri, Ustaz Ahmad Said (Mentor), Shukri ( Ajis), Anwar( Abe Wa), Zakiyamani ( Abe Ko) Wahab(Hub), Faizal (Tok ayah) dan Khairul ( Wok Yoh).
Tengah Kanan : Sani, Hazmah, Ruzilayati, Norlida, Azmani, Khazani, Kak Fid, Liya,Zaharah( Cik ah), Anisah,kak Ilah, Zulina dan Ahmad.
Belakang Kanan : Sakimah, Hamidah, Ct Khadijah, jamilah, Shamsiah, Noraini,Azizah,Aminah dan Zalinawati.

Inilah gambar kenangan semasa aku berada di semester pertama Pengajian Agama/ Kajian Tempatan di IPTAA. Gambar ini dirakamkan 11 tahun yang lalu. 11 tahun merupakan satu tempoh yang panjang sebab itulah rakan-rakan yang terdapat dalam gambar ini ada yang telah terputus hubungan. Apabila habis sahaja pengajian di IPTAA kami semua membawa haluan masing-masing berpandukan sekeping surat posting. Aku dan beberpa orang rakan telah dipostingkan ke negeri di bawah bayu, ada yang ke Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Terengganu. Kepada rakan-rakan yang masih berhubung terima kasih diucapkan, kepada yang terputus hubungan akan aku jejaki selagi terdaya.Semoga suatu hari nanti kita semua dapat bertemu semula untuk mengimbas kembali secebis kenangan sepanjang tiga tahun kita bersama di IPTAA.

Jika ada sahabat PAKT 9801 yang menjengok blog ini, sila bagi komen dalan ruangan komen di bawah

Friday 21 August 2009

Ramadhan al-Mubarak


Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan datang lagi. Esok umat islam di Malaysia akan mula berpuasa. Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu lagi dengan ramadhan. Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kenikmatan. Berkatnya ramadhan dengan turunnya al-quranul karim, berkatnya ramadhan kerana terdapat lailatul qadar di dalamnya, berkatnya ramadhan kerana pahala kebaikan dilipat gandakan oleh Allah dan berkatnya ramadhan kerana ibadah puasa itu sendiri. Jadi kepada semua umat islam selamat menyambut ramadhan al-mubarak, semoga amalan puasa kita akan diterima oleh Allah SWT. Perbanyakkan membaca al-quran, bersolat terawih, berzikir, bertasbih memuji Allah, bersedekah, berqiam dan jauhi pandangan mata dari perkara-perkara yang dilarang, kuncikan mulut dari umpatan, hindari perkara-perkara mungkar, riak, takbur dan lain-lain sifat mazmumah. Selamat Berpuasa.

Wednesday 19 August 2009

Jalan-Jalan

Petang tadi selepas waktu persekolahan aku temankan Kari ngan Kak Zie ke KL Centrel. Dorang nak beli tiket untuk rombongan guru-guru SK Sulaiman dan family ke Kota Kinabalu, Sabah sempena cuti perayaan Deepavali nanti. Seramai 29 orang telah menyatakan persetujuan untuk melancong ke Kota Kinabalu. So tiket dah ada cuma tunggu hari untuk berangkat jer. Apapun pesanan untuk ahli rombongan....sediakan wang saku lebih sikit untuk aktiviti membeli-belah di Kota Kinabalu nanti. Khabarnya ahli rombongan akan dibawa melawat ke sekitar Bandaraya K.Kinabalu, Kundasang, Tunku Abdul Rahman Park, Kota Belut dan banyak lagi. Oleh kerana ketua rombongan adalah orang Sabah so harapnya takde masalah yang timbul sepanjang berada di sana nanti.
View ImageGambar Hiasan ....Pemandangan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu Sabah.
Go to fullsize image

Tuesday 18 August 2009

Kempen Yang Hampeh

Kejohanan PSKPP peringkat negeri Pahang telah berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos yang lepas di Jerantut. Pasukan bolasepak daerah Bentong telah diletakkan satu kumpulan bersama Daerah Lipis dan Daerah Rompin. Berdasarkan undian kumpulan peluang Bentong untuk ke pusingan ke dua adalah tipis kerana Lipis merupakan juara bertahan dan Rompin merupakan team yang kuat dalam PSKPP.

Ketua jurulatih sedang memberikan semangat kepada anak-anak buahnya supaya bangkit melawan.
Perlawan pertama Bentong melawan Rompin di padang SMKA TAHAP. walaupun telah berusaha untuk memberikan tentangan namun akhirnya pasukan Bentong terpaksa akur dengan kehebatan Rompin yang menana dengan jaringan gol 4-0. Perlawanan kedua bertemu Lipis, nasib Bentong seperti sudah diketahui. Bentong memerlukan kemenangan untuk membuka laluan ke pusingan kedua. Namun bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan pada sebelah paginya Lipis telah berjaya mengalahkan rompin 4-1. Turun dengan misi mustahil untuk menewaskan Lipis ( walaupun ada orang cakap tiada yang mustahil dalam bolasepak ) dan juga misi untuk mengurangkan gol yang membolosi gawang , berbekalkan pemain-pemain yang cedera dan cetek pengalaman maka keputusannya sudah dapat dijangka. First half Lipis berjaya mendahului dengan jaringan 2-1.

Penyerang utama pasukan Bentong cedera di kepala akibat dipijat oleh pemain lawan
Tahniah kepada Alakari yang berjaya menghasilkan gol untuk Bentong. Bermula separuh masa kedua Lipis mula melancarkan serangan bertali arus ke arah gol....dan para pemain pertahanan pasukan Bentong tidak berdaya menahan asakan tersebut.Gol demi Gol telah membolosi gawang yang dikawal oleh Fifi. Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan Bentong 1 dan Lipis 6. Haha...apapun tahniah kepada rakan-rakan sepasukan yang bermati-matian mempertahankan gawang dari dibolosi dengan lebih banyak gol.


Penjaga gol yang beraksi cemerlang menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi penyerang lawan, namun akhirnya tewas juga dengan" kilauan" matahari.
( Tahniah Capitan, Arazmi, Emizal, Zubir, Ja'a, Keyo, Kari, Yunus, Nuar, Ijat,Fifi, Yazit, Atan, Zul, Ustaz, Boydan Akmal) kerana terpilih mewakili Daerah Bentong. Sape yang masih berminat, bertenaga, takde komitmen lain boleh cuba lagi next year .Pintu team PSKPP Bentong sentiasa terbuka untuk anda yang berminat untuk bermain, ikhlas dan tidak berkira! Thank you juga kepada ketua jurulatih, Cikgu Rostam dan juga fisioterapi Shah.



Fisioterapi pasukan sedang mendengar masalah pemain dengan penuh minat

Kepada Zul yang akan bersara dari mewakili PSKPP kerana melanjutkan pelajaran di bawah Biasiswa KPM, jutaan terima kasih diucapkan. Menurut Zul, dia telah mewakili daerah Bentong lebih kurang 9 tahun sekarang tibalah saatnya untuk bersara. Apapun terima kasih daun keladi....kalau rasa diri tu muda lagi mainlah untuk MASUM pula nanti !!!!


Sunday 16 August 2009

Astro Oh Astro

Mudahnya pihak TV berbayar ASTRO hendak menaikan harga langganannya . Pertama pihak Astro menghantar satu surat makluman mengatakan bahawa kos penyiaran sukan dunia telah meningkat. Oleh itu bagi mengelakkan kerugian di pihak Astro maka pelanggan yang melanggan pakej sukan astro akan membayar harga baru Rm 12. RM 12 sebulan banyak tu kalau sebelum ini kena bayar RM 59.95 maka selepas ini kena bayar 71.95. Aduh mudahnya pihak Astro mencari duit.
Surat makluman yang dihantar oleh pihak Astro

Sebelah kiri bil baru dari pihak astro bagi bulan Ogos yang mengenakan cas baru berharga
RM 71.95.
Menteri berkenaan berkata ....jika ada pelanggan yang membuat aduan berkaitan kenaikan bil Astro ini, kita akan kaji. So apa lagi jom ramai-ramai buat aduan kepada Kementerian Penerangan ataupun kepada Pihak SKMM. Apa tunggu lagi kalau takde aduan maknanya pengguna bersetuju dengan harga baru.

Sunday 9 August 2009

Takziah.

Salam takziah kepada keluarga allahyarham Cikgu Zakaria bin Abdul Wahab yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat 07.08.2009. Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang beriman. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat....alfatihah..

Arak Itu Haram.


Tahniah Dato' Dr Hassan Ali....di atas ketegasan anda!!!! Arak haram kepada umat islam, penganut agama lain lantak la..