PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday 31 October 2009

Geng Keras..

Hari sabtu 24 Oktober aku dapat sms dari member aku di Kuala Klawang " yob, kira jadilah g umah kome hari ni, jap lagi teman bertolak." Lama aku tak jumpa geng keras ni saudara Aswadi , kami kenal sewaktu sama-sama bertugas di Daerah Kudat, Sabah. Kira masa kat Kudat tu betul-betul geng la, ke mana saja berdua ngeteh ke, main bola ke, main badminton ke cuma satu jer aku dapat join hobi dia, mancing beb. Dia ni kaki pancing asal cuti sekolah jer sewa bot p tengah laut memancing. Sekarang duduk kat Kuala Klawang tak tahu la mancing kat mana member ni.Anak dia dah dua orang, yang sulong Ali Hassan dan yang nombor dua Ali Hussin. Yang baju merah tu bukan anak dia tapi anak aku Arif Amsyar Thank you yob atas kunjungan tempohari. Nanti bila teman dah pakai Nissan Grand Livina teman buat kunjungan balas ke Kuala Kelawang.

Sunday 25 October 2009

Test Power

Hari Sabtu baru ni aku, pokki, zam and abe Ajak bermotosikal ke K.Lumpur. takde apapun yang specialnya cuma kita orang sesaje nak p bekfast di K. Lumpur. Haha takde keja betul korang ni. Bergerak dari Bentong kul 8.00 pagi n sampai di Gombak ( gerai dalam gambar ni) kul 9.00 pagi. Oleh kerana memang plan nak bekfast di Gombak so memang kosongkan perut lah dari rumah. Sampai je kat kedai ni terus ambik nasi lemak ngan radix tarik. Lepas sarapan gerak ke Sentul, p tukaq tayar motor letak tayar besar sikit sedap ambil lap. Ini teori Pokki la so aku pun terpengaruh maka melayang lah rm 200 pagi ni tuk dua biji tayar. Us.Zam mengambil kesempatan untuk memasang Box Givi kat belakang motor yamaha LC dia. Tu yang senyum sampai ke telinga coz Pokki puji motor dia nampak lawa bila pasang box. Haha....sayang aku tak sempat nak snap gambar motor dia.
Balik dari KL singgah minum di Genting Sempah. Sebelum balik ada pula mamat sorang ni telefon suruh belikan juga tayar motor untuk dia. sape lagi Alakari la ajak pegi sekali taknak.....

Karnival Pra sekolah Bentong

Farah Amalia telah mewakili Pra Sekolah Sk Sulaiman dalam pertandingan Hafazan Ayat lazim. Karnival ini telah berlangsung di Sk Lurah Bilut, Bentong. Walaupun tidak menang sekurang-kurangnya farah mempunyai keberanian untuk bertanding. Takpe tahun depan farah cuba lagi.

Tuesday 20 October 2009

BELASUNGKAWA

( Gambar ABAH di zaman remaja )

Janji Allah SWT ...apabila tiba saat kematian maka tidak akan dicepatkan walau sesaat dan tidak juga dilambatkan walau sesaat. Maka takdir Allah terhadap ayahnda mertua telah ditentukan sejak azali. Maka pada pagi Isnin 12 hb Oktober 2009, bersamaan 23 syawal 1430 H tepat jam 8.45 pagi insan yang kami sapa " abah "ni telah pergi buat selama-lamanya. Abah telah pergi bertemu dengan penciptaNya. Setelah lebih kurang sebulan abah dirawat di hospital Bentong, maka janji allah telah sampai. Apabila tiba saat kematian maka tiada sesiapapun yang mampu menghalangnya. Semoga roh abah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Insyaallah.... Al-fatihah.

Monday 5 October 2009

Baby

Baby yang tengah tidur nyenyak ni telah selamat dilahirkan oleh mamanya tepat jam 4.11 am hari Rabu bertarikh 30 September 2009, bersamaan 11 syawal 1430 hijrah. Allah SWT mentakdirkan baby ini lahir dalam bulan yang sama dengan kakak dan abangnya. Kakak sulung baby ini lahir pada 23 September 2004, manakala abangnya lahir pada 25 september 2005. Alhamdulillah setiap ketentuan itu ada hikmahnya..Dan Insyaallah baby ini akan diberi nama Arif Fahmi. Semoga baby ini akan membesar sebagai seorang yang bijak dan faham akan tujuan kehidupannya. Insyaallah......