PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Monday 23 November 2009

Graduasi Pra Sekolah 2009.

Alhamdulillah....Farah Amalia binti Alhisam telah berjaya menamatkan sesi pengajiannya di Pra Sekolah Sk Sulaiman. Sesi graduasi telah dijalankan pada 19 November 2009 bersama dengan Hari Anugerah Cemerlang.Gambar 1 :Farah Amalia bergambar beramai-ramai bersama dengan rakan-rakan , Guru Besar SKS dan juga YDP PIBG SKS.
Gambar 2 & 3 : Farah Amalia berpakaian jubah graduasi. Dia mengadu jubah dia labuh sangat susah nak jalan, sebab tu masa naik ke pentas diangkatnya jubah.


Bergambar bersama ayahnya selepas menerima sijil tamat pengajian untuk tahun 2009. Next year farah akan terima lagi coz tahun 2010 farah akan sekali lagi memasuki Pra Sekolah.

Sunday 22 November 2009

Basikal Baru.



Untung Farah ngan Amsyar, kecil-kecil lagi dah dapat basikal. Ayahnya dulu masuk sekolah menengah baru dapat merasa naik basikal sendiri. Itupun sebab nal bawa p sekolah kalu tak tak merasa la nak dapat basikal sendiri. Maklumlah mak ngan ayah bukan orang berada sangat.......

Annual Dinner 2009

Annual Dinner KGP SK Sulaiman 2009 telah diadakan pada malam Rabu, 18 November 2009. Annaul Dinner ini di adakan di Bukit Tinggi Resort. Mari kita lihat beberapa gambar menarik sepanjang annual dinner....Roja Mukarjee yang menjadi tumpuan pada malan ini. Kak Remy pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Roja Mukarjee.
Apa yang didoakan oleh Ust Nazari tu...?Doa makan tau doa selamat bertunang?
Dan apa pula yang sedang perhatikan oleh Farah dan Auni ni...?
Antara tetamu yang hadir pada malam ini. Masing-masing melaram dengan pakaian cantik...
Kak Ani bersama husband dan anak-anak, Kak Pah ngan abg Piangnya, Kak Zu dan anak-anak
Kak Remy sekeluarga dan ramai lagi...


Berbaris untuk mengambil makanan yang dalam kategori" bolehlah" bagi aku. Secara keseluruhannya makanan yang dipilih sebagai hidangan pada malam ini kureng sikit.








Team anak beranak....Kak Zu, Kak ani, dan Kak Ma bersama anak terunanya.
Aktiviti selepas perut dah kenyang. Kari, Yoyo dan Syahir berentap di meja snooker untuk membuktikan kehandalan masing-masing. Kari telah telah menunjukkan kehandalan dalam permainan bowling setelah muncul johan bersama Pokki dalam pertandingan yang diadakan pada sebelah petang.Omar sebagai pemerhati bebas....

Sunday 15 November 2009

Badminton Tertutup SKS

Pertandingan badminton tertutup SKS telah dijalankan pada minggu lepas. Terdapat enam pasangan yang mengambil bahagian iaitu pasangan Kari/Din, Jai / Fendi, Kime / Omar, Zam / Mizal, Yoyo / Shah dan pasangan Hise/ Pokki.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-
Johan : Kari / Din
Naib Johan : Zdcaprio / Mizal
Ketiga : Wak Kime / Omar
Keempat : Jai / Fendi
Kelima : Dikongsi bersama pasangan Yoyo / Shah dan Pokki / Hise.

Tahniah kepada yang menang, yang tak menang jangan bimbang. Tahun depan boleh balas dendam!!!!