PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Tuesday 28 July 2009

Pertandingan Pantas Jawi.

Pada 23 Julai 2009, satu pertandingan bagi memartabatkan tulisan jawi telah diadakan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( Wilayah Timur) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pahang( JPNP). Pertandingan ini telah dijalankan di Hotel MS Garden, Kuantan. Semua daerah dalam Negeri Pahang telah menghantar pesetra ke pertandingan ini kecuali Daerah Lipis.




Juru kuiz, penjaga masa dan hakim telah bersedia untuk memulakan pertandingan.


Ustaz Zamri bin Basri dari SK Sulaiman juga terlibat sebagai hakim dalam pertandingan ini. Amboi senyum jer ustaz.....


Peserta dari SK Sulaiman yang mewakili Daerah Bentong bagi ketagori Tahun 5 dan Tahun 6 bersama guru pengiring, Ustazah Hjh Zubaidah.



Peserta dari SKS....Anis, Fasihah,Syahirah dan Syahmi, telah mencuba sedaya upaya untuk mengeja perkataan-perkataan yang diberi. Namun apakan daya peserta lain lebih pantas daripada mereka menyebabkan mereka hanya pulang dengan hadiah saguhati sahaja. Apapun tahniah diucapkan kepada mereka ...



Jalan-jalan tengok laut di Pantai Teluk Cempedak......sebelum bergerak pulang ke Bentong. Insyaallah tahun depan jika dipilih kita datang lagi.

Monday 20 July 2009

BULAN KECERGASAN KPM PERINGKAT NEGERI PAHANG

Beberapa keping gambar sempena dengan Bulan Kecergasan KPM peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Daerah Temerloh pada 18 dan 19 Julai yang lalu.



Aksi atas ,perlawanan peringkat kumpulan antara pasukan Daerah Bentong melawan Temerloh.Dalam perlawan ini temerloh berjaya menewaskan Bentong 3-0. Gambar bawah, perlawanan semi-final antara Bentong melawan Kuantan,Daerah Bentong berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan bergaya setelah menewaskan Kuantan dengan 3 gol berbalas 1.


Berehat sebelum memulakan perlawanan akhir.....

Bergambar sebelum memulakan perlawan akhir yang menemukan Pasukan Bentong dengan pasukan Temerloh .


Antara aksi perlawanan akhir yang berkesudahan Temerloh menewaskan bentong dengan 2 gol berbalas 1. Harapan Bentong untuk membalas dendam kekalahan peringkat kumpulan tidak kesampaian.

Cikgu Zaki tidak dapat menerima kekalahan tersebut, masih lagi tidak percaya yang Bentong tewas walaupun telah mendahalui lawan pada peringkat awal permainan. "Takpo pahni kito pakat gi make durie di kebun kawe....."


Merakamkan gambar kenangan dengan muka yang tidak ceria kerana misi untuk menjadi johan tidak kesampaian. takpe...no 2 pun kira okey la juga...

Megah bersama pingat dan sijil yang diperolehi. Gambar bawah pasukan bola jaring 3 on 3 Daerah Bentong yang mendapat tempat ke 3. Tahniah juga.....