PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Wednesday 11 February 2009

Farah Amalia

Hari ni sukan kat sekolah aku. Farah ikut sama mengikuti perbarisan murid-murid Pra Sekolah. Dia juga mengambil bahagian dalam acara larian 30 meter serta acara sukaneka.




Farah dan rakan-rakan sedang melintasi astaka...



Gambar di sebelah ni menunjukkan bagaimana bersungguhnya Farah berlari untuk menamatkan 30 meter. "Kakak tak menang, kakak tak kuat lari....." itulah ayat pertama yang keluar dari mulut farah bila berjaya menamatkan lariannya. Takpe tahun depan Farah cuba lagi, tahun depan Farah dah enam tahun so dah kuat sikit berlari.Aku memberi semangat kepada Farah.Hehe...


Gambar di atas menunjukkan Farah siap sedia untuk melakukan aktiviti memasukkan gelung getah ke dalam kon.

Saturday 7 February 2009

BAHASA LENSOR SEORANG KETUA KAMPUNG BARU

Lama aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. Sebenaqnya kebelakangan ini terasa malas betoi nak menulis, nak mengadap laptop. Takdak semangat langsung...Apapun malam ni aku nak bercerita sikit nak habaq mai kat hangpa semua "Kisah Ketua Kampung Baru Aku"(selepas ini dibaca KKB). Sebenaqnya sejak awai tahun hari aku dapat ketua kampung yang baru. Ketua kampung aku yang lama dah pindah balik kampung dia. Yealah dia dah ada rumah besaq kat sana jadi dia pindah balik sana la.
Ketua kampung aku yang baru nak habaq mai memang hebat la.Selama ni pun aku dah biasa dengaq akan kisah kehebatan dia tu, depa dok cakap kat kedai-kedai kopi.Biasa la bila ketua kampung baru mai so secara automatiknya dia akan tonjolkan imej dia yang tersendiri. Bermula dengan mesyuarat dengan penduduk kampung yang pertama kali di adakan, KK baru aku ni dah mula tunjuk kuasa. Semua benda yang dibuat oleh KK lama nak diubahnya. Setiap rumah dalam qariah kami mesti dihias cantik-cantik, mesti kemas maklumlah kampung aku ni letaknya di pinggir bandar. Kalau tak cantik, tak kemas nanti orang sakit mata pula nak pandang kampung aku ni.
So KKB aku mengarahkan kami semua bergotong royong setiap hari sabtu untuk mencantikkan kawasan kampung kami. Tuan-tuan rumah kena cat rumah masing-masing supaya nampak cantik, kena hias rumah supaya kalau ada tetamu yang mai....tetamu tu rasa seronok dan kalau boleh hari-hari mai lagi. Pagar rumah kena cat, tiang rumah cat baru, tangga pun sama....Lagi satu aku dengar KKB kampung aku bercadang nak masuk pertandingan. Pertandingan apa ? Kami penduduk kampung tertanya-tanya, maklum lah selama ni KKL tak penah pula habai mai kata ada pertandingan untuk rumah-rumah ni. Ingatkan rumah tempat untuk tidoq dan berteduh dari kena panas ngan hujan je!!!
Kami penduduk kampung pun apa lagi setiap hari Sabtu je kena buat kerja gotong-royong, cat sana cat sini, gantung sana gantung sini, nasib baik tak disuruh gantung diri kalau tak kes naya ni.Walaupun ramai yang tak suka kena gotong royong bersihkan kampung setiap hari sabtu tapi sapa pun tak berani nak bangkang atau bantah. Kalau takat cakap belakang2 tu ramai la tapi bila berhadapan dengan KKB ni semua pakat menikus jer. KKL dulu jarang nak kena gotong royong hari sabtu ni. Kalau ada cadangan pun ramai penduduk yang bantah coz hari sabtu ada yang p belajaq membaca alif, ba ,ta, buat kerja jualan langsung, bagi makan cacing dan macam-macam alasan. Tapi dengan KKB sapa pun tak berani bagi alasan kecuali yang ada kelas belajar alif, ba, ta untuk orang-orang tua je la yang boleh ponteng gotong royong ni.
Sekarang dah dua bulan KKB berkhidmat di kampung kami. Macam-macam program dah diatur untuk menaikan nama kampung kami. Perjumpaan dengan orang kampung dijalankan setiap hari Isnin, masa tu macam-macam idea dikeluarkan itu nak buat, ini nak buat sampaikan rasa macam tak terbuat. Ramai penduduk pakat dok komplen, sebab nak ubah dan buat macam-macam. Awat tak boleh buat satu-satu ka depa pakat dok tanya? Hangpa pun satu pi la tanya kat dia sendiri, kalau tanya aku...aku cakap bukan takat nak cat balai raya, surau, tandas awam, dewan orang ramai ka, kalau KKB suruh p cat pagaq umah dia pun kita pakat p ramai-ramai!! Biaq puas hati dia...


Nota : Kisah ni rahsia tau jangan habaq kat sapa-sapa , baca untuk diri sendiri dah la.Hampa jangan report kat KKB pula, nanti kan nahas aku. tak pasal-pasal kena buang daerah ke Ulu Tembeling.