Hari ni sukan kat sekolah aku. Farah ikut sama mengikuti perbarisan murid-murid Pra Sekolah. Dia juga mengambil bahagian dalam acara larian 30 meter serta acara sukaneka.
Farah dan rakan-rakan sedang melintasi astaka...Gambar di sebelah ni menunjukkan bagaimana bersungguhnya Farah berlari untuk menamatkan 30 meter. "Kakak tak menang, kakak tak kuat lari....." itulah ayat pertama yang keluar dari mulut farah bila berjaya menamatkan lariannya. Takpe tahun depan Farah cuba lagi, tahun depan Farah dah enam tahun so dah kuat sikit berlari.Aku memberi semangat kepada Farah.Hehe...
Gambar di atas menunjukkan Farah siap sedia untuk melakukan aktiviti memasukkan gelung getah ke dalam kon.
Khalid & Amilin
2 days ago
0 comments:
Post a Comment