PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday 27 December 2008

Holiday

Cuti sekolah ni selain balik kampung sempat juga bawa family jalan-jalan tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku n family pergi jalan-jalan ke Cameron Highland. Dari kampung di Baling, Kedah kita orang bertolak jam 8.30 pagi melalui Grik, Lenggong, K.Kangsar, Ipoh, Simpang Pulai n sampai di Brinchang lebih kurang pukul 12 tengahari. Orang cakap kalau nak ke CH baik ikut Simpang Pulai dekat sikit, tapi aku rasa jauh la. Keta yang adik aku drive habis setangki minyak. Mak aku cakap dah tak nak datang lagi selepas ini,jauh sangat katanya.Perjalanan yang memenatkan. Anak sedara aku Najwa ngan nafis muntah-muntah dua tiga kali sebelum tiba di CH. Apapn bila dah tiba di sana subhanallah memang mendamaikan, dengan cuacanya yang dingin dan pemandangan yang mempesonakan.Di sini aku letak beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa di CH.




Berhenti melepaskan penat sambil betulkan urat-urat yang bersimpul di Green View Garden. Mak Teh terkejut coz dia beli ais krim rm1 satu padahal kalau dekat kampung 1 seposen jer katanya. Itu dekat kampung la Shah, jangan la bandingkan dengan kat sini..



Lepas mengisi perut di Tanah Rata, masa ni baru lepas hujan. Kat sini nafis lintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan jalan. Nyaris-nyaris nak dilanggar kereta. Syukur alhamdulillah kalau tidak bercuti kat hospital CH kami hari tu.
Break dulu sambung lagi nanti....

BERSUA KEMBALI

Assalamualaikum semua....rasanya dah lebih sebulan blog ini tidak diupdatekan. Bukan apa musim cuti sekolah,balik kampung dan kalau dah balik kampung mana sempat nak update blog. Ada kawan tanya, sekolah cuti, blog pun cuti sama ke? Sebenarnya rumah kat kampung tak ada internet sebab tu tak boleh nak update blog, nak pergi cc satu kerja pula. Jadi nak tak nak blog pun cuti le juga sempena cuti sekolah ni.
Ni dah seminggu balik Bentong, tapi malas yang teramat sangat nak buka internet. Malam ni gagahkan juga diri untuk update blog ni, lagipun takde cerita menarik nak dikongsikan bersama.

Bila dah balik Bentong ni takde apa lagilah selain dari ke sekolah.GPK Pentadbiran awai-awai dah sound suruh datang sekolah ada kerja yang perlu dibereskan. Tak habis-habis kerja dia daripada sebelum cuti sekolah hari tu sampai la sekarang ni. Bila pegi sekolah rupa-rupanya ramai rakan-rakan yang dah bertukar ke sekolah atau tempat kerja baru, termasuklah guru besar aku. So next year kita orang dapat" gb" baru. Khabarnya guru besar yang akan datang ni tegas sikit, ntah la tunggu je la tahun depan. Gb lama bertukar ke SK Karak, balik kampung dia la tu. Kak Kamsiah and Pn Surinder bertukar ke SK Bkt Piatu, Cikgu Fizah ikut suami ke bumi kenyalang, Kak Nun pun bertukar ke Seri Iskandar. Yang terkini dapat berita masa kita orang tengah meeting baru ni Abang Ajak ( GPK KOko merangkap Ketua Konvoi kita orang juga ditukarkan ke SK Bkt Piatu sebagai Penyelia Petang). Tahniahlah Abang Ajak !!!! Harapnya walaupun dah bertukar tempat kerja tapi projek konvoi yang telah dirancangkan tu tetap diteruskan.

Hari ni dah start jual buku, fuh ramai gila yang datang hari ni kalau ikutkan jadual hari ni untuk tahun enam sahaja. Tapi biasalah kalau mak ayah yang ada anak lebih dari seorang kat sekolah tu kira borong semua la hari ini. Penat memang la penat tapi nak buat macam mana tugas bro kena jalankan juga la. Kalau tak jual buku tu macam mana budak-budak nak belajar nanti, nak menulis atas apa? Hari ni gagal sikit kucar kacir kedai buku, casher ada dua orang jer jadi lambat la. Nasib baik guna sistem nombor, kalau tak sure pengsan kita orang kat dalam kedai tu kena serbu dek mak ayah yang nak beli buku. Member aku , si Nazari baru first time jual buku so pening lagi nak cari mana buku itu, mana buku ini.Kasihan dia sampai berpeluh-peluh.

Selasa nanti ada meeting lagi, kali ni gb baru yang akan pengerusikan. So tuesday nanti kita orang akan mengadap gb baru la, masa tu dah leh agak dah angin dia lagu mana. Boleh harung ke tidak tak tau la.

Apapun sebagai kakitangan kerajaan yang menurut perintah ke mana pun diarahkan untuk bertugas kena pergi. Tahun ni GB( Hj Mansor), Abe Ajak, Kak Kam, Pn Surinder, Kak Non n Fizah bertukar, Next year maybe giliran aku, Zaki( khabarnya dah banyak kali nama naik, tapi masih di sini???), Kari,Cikgu Omar tau Sakiman bertukar. Afiq, Nazari, Rosnizal jangan mimpi la nak tukar ngkorang tu baru setahun jagung kat SKS tu. Perjuangan perlu diteruskan bak kata sorang member aku...." kalau takat pertukaran gb tu bende kecik jer bro, ada perubahan yang lebih besar lagi menanti selepas ni..." begitulah lah lebih kurang kata-kata member aku tu. So kepada rakan-rakan setugas di SKS, tahniah kerana dapat GB dan GPK Koko baru.