PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Tuesday 28 October 2008

Getah Oh Getah



Semalam adik aku kat kampung sms bagitau orang kampung lani pakat dok "melengung"/termenung sebab harga getah semakin merudum. Yelah boleh dikatakan 90% orang kampung aku bergantung hidup dengan menoreh getah termasuk la mak ngan ayah aku. Adik aku bagitau harga skrap kat kampung aku sekarang ni RM 1.30/kg. Aduh malang sungguh nasib penoreh getah sekarang ni, jika sebelum hari raya dulu harganya mencecah Rm 4/kg sekarang harga komuditi getah jatuh mendadak.Harga getah sekarang lebih murah dari harga sekilo gula.

Mak dan ayah aku juga terasa tempiasnya bila harga getah jatuh mendadak. Dari dulu sampai sekarang inilah pekerjaan utama orang tua aku. Dengan hasil menoreh inilah aku dan adik-adik aku dibesarkan hingga berada di kedudukan sekarang. Zaman aku sekolah dulu seingat aku harga getah juga rendah RM 0.70 sen sekilo. Tapi masa tu walaupun murah tak la terasa sangat kira cukup lagi, tapi sekarang ni zaman dah berubah. Harga barang melambung naik tak turun-turun walaupun kerajaan dah berapa kali turunkan harga minyak. Tarif elektrik dan air baru jer dinaikan. Kesian orang-orang kampung dan juga golongan peneroka yang bergantung hidup dengan menoreh getah, mereka telah kembali ke zaman gelap. Ramai yang tidak bersemangat lagi untuk keluar menoreh, yelah sebelum ni kalu 10kg dah boleh dapat rm 40> tapi lani kalu 10kg baru dapat rm 13.00.Alahai rm 13 kalu bawa p kedai beli barang apalah sangat yang boleh dibeli.

Harap-harap selepas ini kerajaan akan berbuat sesuatu untuk menolong menstabilkan kembali harga getah.Tidak dapat dinafikan kejatuhan harga getah ini berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang melanda dunia sekarang tetapi sebagai kerajaan yang memerintah sepatutnya pihak kerajaan melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.Jika pihak kerajaan boleh meminjamkan dana KWSP sebanyak RM5 Bilion kepada Vuleucap Sdn Bhd untuk mengawal pasaran saham, tidak salah juga juka kerajaan bertindak membantu para penoreh getah dan penanam sawit menghadapi zaman gerhana akibat penurunan harga kedua-dua komuditi tersebut. Kalau pihak kerajaan boleh bertindak bijak dengan menangguhkan pembelian helikopter yang berharga RM 82 juta sebuah atas faktor ekonomi dunia yang meleset, apalah kiranya pihak kerajaan bertindak bijak membantu para penoreh getah untuk mengatasi masalah kejatuhan harga getah yang amat ketara sekarang ini.

Tuesday 21 October 2008

Konvai 191008

Pada hari Ahad baru ni, kita orang berkonvoi dari Bentong, Bukit Fraser, Kuala Kubu, Batang Kali, Genting n balik semula ke Bentong. Pada mula-mula merancang dulu memang ramai yang nak turut serta berkonvoi tapi bila tiba time nak pegi kira-kira tinggal sembilan orang jer.Biasalah manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan. Tujuan ekspidisi ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita orang dan juga untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT. Ahli konvoi terdiri daripada enam orang guru dari sekolah aku iaitu Abe Ajak, Ustaz Aris, Ustaz Afiq, Alakari dan Syahir. Turut serta ialah member dari SMK Kuala Repas ( Zul ), Zaimi ( SMK Lurah Bilut) dan Keyo ( SK Lentang ).Di sini aku pamerkan gambar-gambar kita orang berkonvoi tersebut, korang tengok la sendiri best ke tak konvoi motor kapcai ni....


Berkumpul di Dataran Padang Teras sebelum memulakan perjalanan



Dah sampai check point tuk naik ke Bkt Fraser tapi kena tunggu dulu coz kami sampai sini kul 10.20 pagi, jalan nak ke BF satu jer n sempit so kena ikut giliran jam genap turun,jam ganjil naik so tungguuuuuuu......


Hadapan mercu tanda BF.....


gambar ni saja aku ambil, Balai Polis BF. Reka bentuk bangunan kat sini semua lebih kurang macam ni..
Bersambung......di www.konvoisks.blogspot.com

Sunday 12 October 2008

Raya 2008



mak sedang menyediakan santan untuk membuat lemang. Kat rumah raya tiada ertinya tanpa lemang.


lemang sedang dibakar.tahun ini kita orang terpaksa mendirikan bangsal untuk membakar lemang kerana 2 hari sebelum raya Allah Taala telah menurunkan hujan rahmat.


Orang anak mak sedang menunggu lemang yang sedang dibakar.

Majlis Berbuka Puasa Bersama YB

Majlis berbuka puasa bersama YB Cikgu Johari Abdullah, ADUN Kupang di Surau Kg Bukit Iboi.Kalau ngko orang nak tahu Cikgu Johari ini cikgu aku semasa belajar di SMA Yayasan Khairiah, Kg Pisang. Dia ngajar matapelajaran matematik kat sekolah aku dulu.







sedang menyampaikan tazkirah dan penerangan ringkas perjalanan pemerintahan kerajaan negeri Kedah Darulaman dibawah Menteri Besar Ustaz Azizan Razak selepas solat maghrib.YB memberitahu kerajaan negeri dapat menjimatkan kira-kira RM 28 juta melalui penjimatan sewaktu makan bersama Sultan yang biasanya dibayar RM 90/seorang.Kini kadar bayaran untuk makan bersama Sultan hanya RM 45.00 seorang.Bayaran untuk makanan bagi majlis yang dihadiri oleh wakil rakyat pula dipotong dari RM 45.00 kepada hanya RM 5.00 sahaja seorang.Di sini kerajaan negeri dapat menjimatkan wang rakyat negeri Kedah. Alanakah bagusnya jika semua kerajaaan negeri dapat menuruti jejak langkah Kerajaan Negeri Kedah ini.Bayangkan berapa banyak wang rakyat dapat dijimatkan.

PASCA RAYA 2008

Hari ini bulan Syawal telah memasuki hari yang ke 12. Ramai di kalangan kita sedang berpuasa sunat enam hari di bulan syawal sekarang ini atau pun ramai juga yang telah selesai mengerjakannya.Alhamdulillah. Sesungguhnya puasa sunat enam hari di bulan Syawal sangat besar pahalanya.Alangkah ruginya sesiapa yang enggan merebut peluang untuk menambahkan pahala melalui amalan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal ini. Disini aku lampirkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sewaktu hari-hari terakhir ramadan dan juga semasa menyambut hari raya di kampung aku, Kg Bukit Iboi, Kupang, Baling, Kedah Darulaman.




Berbuka puasa di Hentian Sebelah Tanjung Malim semasa dalam perjalanan pulang balik ke kampung.Best pula rasanya bila lihat semua orang pakat berbuka puasa di tepi lebuhraya.


adik pun sibuk nak berbuka juga.