PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Sunday 15 March 2009

TAHNIAH


Tahniah diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal Hussin yang menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2008. Adik Nik Nur Madihah mendapat 20A (19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM 2008. Berkat usaha dan Iradah Allah SWT menobatkan anak seorang nelayan dan tukang cuci ini berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kemiskinan dan kesempitan hidup bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran. Nik Nur Mardihah merupakan pelajar di Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan ) Kota Bharu, sebuah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.
Tinggal di sebuah rumah yang disewa dengan kadar rm90 sebulan bersama ayah, ibu serta adik bongsunya. Keadaan rumah yang agak uzur serta kepayahan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan telah memberikannya kekuatan untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya dengan izin Allah berjaya dengan cemerlang. Tahniah Nik Nur Madihah, semoga kejayaan ini tidak berakhir di sini sahaja.

Monday 2 March 2009

Sungai Tekam Plantation Resort

Bercuti bersama family di Sg Tekam Plantation Resort. Best tempat ni coz dikelilingi oleh kawasan yang menghijau, tenang dan mendamaikan jiwa. Kawan-kawan yang tengah tension dengan karenah Ketua kampung Baru tu baik datang sini. Relax dan tenangkan fikiran.

















Farah ngan Amsyar tak ingat nak balik bila dapat mandi kolam..Biasa lah budak-budak bila jumpa air apalagi..Harga chalet kat sini pun berpatutan la, tak nak tidur kat chalet boleh tempah bilik...

PROGRAM BULAN DAKWAH

Gambar Farah Amalia menyertai pertandingan Busana Muslim/ Muslimah sempena Bulan Dakwah anjuran Panatia Pendidikan Islam SK Sulaiman, Bentong.

Farah sedang memperagakan pakaiannya...bukan main lagi siap ada beg tangan lagi tu.. bila ditanya "Sape yang ajar buat gaya macam ni...?" Cikgu Ros katanya....Beg tangan tu pun Cikgu Ros yang punya. Menang ke Farah ? Tak tahu la sebab keputusannya belum diumumkan lagi...haha...