PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Sunday 15 March 2009

TAHNIAH


Tahniah diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal Hussin yang menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2008. Adik Nik Nur Madihah mendapat 20A (19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM 2008. Berkat usaha dan Iradah Allah SWT menobatkan anak seorang nelayan dan tukang cuci ini berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kemiskinan dan kesempitan hidup bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran. Nik Nur Mardihah merupakan pelajar di Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan ) Kota Bharu, sebuah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.
Tinggal di sebuah rumah yang disewa dengan kadar rm90 sebulan bersama ayah, ibu serta adik bongsunya. Keadaan rumah yang agak uzur serta kepayahan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan telah memberikannya kekuatan untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya dengan izin Allah berjaya dengan cemerlang. Tahniah Nik Nur Madihah, semoga kejayaan ini tidak berakhir di sini sahaja.

0 comments: