PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Wednesday 24 September 2008

Suka Ke Tidak?


Mesyuarat kabinet Pak Lah hari ini memutuskan untuk menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa 25 hb september. Esok la tu....Hadiah dari kerajaan untuk rakyat Malaysia yang nak balik ke kampung sempena Perayaan hari raya ni.

So besok kita akan mula mengisi minyak dengan harga baru iaitu RM 2.45 sen seliter.Aku percaya ramai yang tidak berpuas hati dengan penurunan sebanyak 10 sen termasuklah aku.Dulu naik sampai 78 sen seliter masa tu harga minyak dalam lingkungan 137 Dolar setong. Sekarang harga minyak berada diparas 107 Dolar setong. Kerajaan cuma mampu turunkan 10 sen jer seliter. Kerajaan berharap penurunan ini dapat meringankan beban rakyat.

Hehe....turun 10 mampu meringankan beban rakyat ke? Menteri yang bertanggungjawab dalam bidang ini berkata penurunan ini bukan bertujuan untuk meraih populariti. Masalahnya bukan popular ke tidak, tapi masalahnya penurunan ini mampukah diikuti dengan penurunan harga barang-barang pengguna yang lain. Aduh masa nak naikkan harga minyak dulu tetiba je, nak turun macam-macam pula alasannya. Ringgit lemah la, harga minyak turun naik le, macam-macam lagi...Alahai inikah kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Fikir-fikirlah wahai rakan-rakan semua.

Wednesday 17 September 2008

Suatu Masa Dulu


Petang tadi pergi beli juadah berbuka kat pasar Ramadan. Sampai kat satu gerai tu tengok budak yang niaga tu macam kenai je. Aku beli agar-agar ngan dia, dalam hati macam penah tengok budak ni tapi kat mana. Pasar Ramadan macam-macam ada!

Balik umah pikir punya pikir cari jawapan tentang budak tadi hingga la aku dapat jawapannya. Rupa-rupanya student daaa masa praktikum kat SKTF tahun 2001 dulu.Dah besar panjang rupanya ye, dulu masa tahun 2001 baru tahun lima sekarang dah jadi anak dara dah.

Terfikir juga begitu cepat masa berlalu sekarang ni, ramai bekas-bekas student dah besar panjang hinggakan kalau jumpa dah tak kenai lagi. Tapi yang sedihnya bekas student ni kebanyakkannya semua tidak berpakaian menepati kehendak agama. Masalah aurat langsung tidak ambil peduli, padahal masa tahun lima dulu dah berbuih mulut ustaz bagi pesanan dan ingatan supaya jaga aurat bila dah dewasa nanti. Arus kemajuan begitu mencengkam sehinggakan kebanyakkan manusia tidak peduli lagi soal hukam hakam.Setengahnya mengangap aurat wanita hanya pada rambut sahaja, sebab tu dia orang hanya tutup rambut jer bila kuar rumah. seluar jeans sendat, t-shirt, tapi bertudung itulah trend kebanyakkan remaja dan wanita pada hari ini.

Salah siapa? Ibubapa, guru-guru di sekolah, persekitaran....fikir-fikirkanlah.

Friday 12 September 2008

12 Ramadan 1429 H


10 PERINGATAN BUMI

Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia, namun masih ramai lagi manusia yang leka dan lalai. Berkata anas bin Malik r.a; " Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

1- Wahai anak Adam ! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2- Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah ! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3- Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah ! Engkau kan menangis di dalam perutku.

4- Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah ! Engkau akan bersedih di dalam perutku.

5-Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.

6- Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7-Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8- Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh di dalam perutku dengan keadaan hina.

9- Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal kegelapan di dalam perutku.

10- Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau keseorangan di dalam perutku.

Tuesday 9 September 2008

5 PERKARA YANG DI SEMBUNYIKAN

1. LAILATUL QADAR-Allah SWT menyembunyikannya dalam bulan Ramadan agar seluruh bulan Ramadan itu dihidupkan dengan amalan-amalan yang baik.

2.KEDATANGAN KIAMAT BESAR - Allah SWT menyembunyikan tarikh sebenarnya akan berlakunya kiamat agar manusia sentiasa takut dan bersedia dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.

3.AJAL MAUT -Allah SWT menyembunyikan waktunya agar manusia sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

4. PERLANTIKAN WALI ALLAH dari kalangan orang-orang yang beriman disembunyikan agar orang Islam sentiasa bersangka baik.

5.KEREDHAAN ALLAH dalam amal kebajikan agar manusia sentiasa berusaha melakukan ketaatan kepadaNya.

Sunday 7 September 2008

Menunggu Waktu Berbuka

Saturday 6 September 2008

6 Ramadhan


Alhamdulillah hari ini dah masuk hari yang keenam dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya kedatangan bulan yang mulia ini membuatkan masjid dan surau penuh sesak dengan manusia untuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih.Berbeza dengan hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain sukarnya masjid dan surau dipenuhi oleh para jemaah. Inilah keunikan bulan Ramadhan, manusia berebut-rebut untuk mencari pahala Allah. Sesungguhnya ibadat dalam bulan Ramadhan digandakan 70 kali pahalanya manakala pahala bagi amalan sunat menyamai pahala amalan wajib. Alhamdulillah besarnya ganjaran yang Allah SWT sediakan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW di dalam bulan Ramadhan ini.Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini.
Dalam hadis ada dinyatakan ...." Emapat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadhan.Pertama mengucapkan istighfar (memohon ampun ), kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah." ( Riwayat al-Baihaqi)

Monday 1 September 2008

Ramadhan Datang Menyapa Lagi




Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak. Segala puji hanya pada Allah yang masih lagi memberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Disaat jari jemari mengetuk keyboard ini, umat Islam seluruh negara sedang menunaikan fardu puasa untuk hari yang pertama.Selamat datang ramadhan.....

Bagi orang yang beriman kedatangan ramadhan begitu dinantikan, kedatangan ramadhan disambut penuh meriah. Masakan tidak di bulan inilah segala amalan baik dilipat gandakan pahalanya oleh Allah Pencipta Alam.

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia kerana ianya dipilih oleh Allah Taala sebagai bulan bagi umat islam untuk menunaikan ibadah puasa. Firman Allah yang bermaksud...." wahai orang-orang yang beriman! Difardukan keatas kamu puasa (Ramadhan )." al-Baqarah : 183.
Ramadhan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Dalam bulan ini juga Allah datangkan satu malam yang mulia yang penuh dengan keberkatan iaitu Malam Lailatul Qadar. Hanya dalam bulan Ramadhan kita dapat menyaksikan manusia berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ketika ramadhan juga pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan juga diikat. Ini dapat dilihat dari Sabda Nabi yang bermaksud....
" Apabila masuk bulan ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan."( Riwayat Bukhari )

Sesungguhnya Ramadhan menjadi medan ujian bagi orang-orang yang beriman untuk mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa merupakan sifat yang terpuji. Dengan takwa ia mampu mencegah manusia daripada melakukan dosa dan maksiat.Amalan puasa dapat melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain.Dengan berpuasa kita dapat merasai derita lapar dan dahaga yang ditanggung oleh mereka-mereka yang kurang bernasib baik di atas muka bumi ini.

Alangkah ruginya kita jika tidak merebut peluang bagi mendapatkan rahmat Allah SWT sempena dengan kedatangan Ramadhan ini. Usah kita biarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja tanpa kita pedulikan. Kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini pergunakanlah dengan sepenuhnya untuk mencari dan menghimpun pahala dari Allah SWT. Hiasilah Ramadhan dengan solat Sunat Tarawih, tadarus al-Quran, berzikir mengingati Allah, bersedekah dan segala macam amalan baik yang lain. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas..Semoga perniagaan kita dengan Allah sepanjang Ramadhan ini akan memberikan kita keuntungan yang berlipat kali ganda. Insyaallah !!