PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Monday 1 September 2008

Ramadhan Datang Menyapa Lagi




Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak. Segala puji hanya pada Allah yang masih lagi memberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Disaat jari jemari mengetuk keyboard ini, umat Islam seluruh negara sedang menunaikan fardu puasa untuk hari yang pertama.Selamat datang ramadhan.....

Bagi orang yang beriman kedatangan ramadhan begitu dinantikan, kedatangan ramadhan disambut penuh meriah. Masakan tidak di bulan inilah segala amalan baik dilipat gandakan pahalanya oleh Allah Pencipta Alam.

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia kerana ianya dipilih oleh Allah Taala sebagai bulan bagi umat islam untuk menunaikan ibadah puasa. Firman Allah yang bermaksud...." wahai orang-orang yang beriman! Difardukan keatas kamu puasa (Ramadhan )." al-Baqarah : 183.
Ramadhan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Dalam bulan ini juga Allah datangkan satu malam yang mulia yang penuh dengan keberkatan iaitu Malam Lailatul Qadar. Hanya dalam bulan Ramadhan kita dapat menyaksikan manusia berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ketika ramadhan juga pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan juga diikat. Ini dapat dilihat dari Sabda Nabi yang bermaksud....
" Apabila masuk bulan ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan."( Riwayat Bukhari )

Sesungguhnya Ramadhan menjadi medan ujian bagi orang-orang yang beriman untuk mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa merupakan sifat yang terpuji. Dengan takwa ia mampu mencegah manusia daripada melakukan dosa dan maksiat.Amalan puasa dapat melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain.Dengan berpuasa kita dapat merasai derita lapar dan dahaga yang ditanggung oleh mereka-mereka yang kurang bernasib baik di atas muka bumi ini.

Alangkah ruginya kita jika tidak merebut peluang bagi mendapatkan rahmat Allah SWT sempena dengan kedatangan Ramadhan ini. Usah kita biarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja tanpa kita pedulikan. Kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini pergunakanlah dengan sepenuhnya untuk mencari dan menghimpun pahala dari Allah SWT. Hiasilah Ramadhan dengan solat Sunat Tarawih, tadarus al-Quran, berzikir mengingati Allah, bersedekah dan segala macam amalan baik yang lain. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas..Semoga perniagaan kita dengan Allah sepanjang Ramadhan ini akan memberikan kita keuntungan yang berlipat kali ganda. Insyaallah !!

0 comments: