PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Tuesday 18 November 2008

TIGA ORANG SAHABAT



Alhamdulillah ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya aku dapat bertemu dengan dua orang sahabat karib ( Khairul yang lebih dikenali dengan nama Wok Yoh dan juga Zaki ( Abe Ko ) sewaktu di MPTAA dulu) yang sama-sama belajar di MPTAA dulu. Sepuluh tahun dulu kami sama-sama belajar di MPTAA dalam satu unit iaitu Pengajian Agama/Kajian Tempatan.Tengahari Sabtu (15.Nov.2008 ) kami bertemu di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Kebetulan masa tu aku menyertai Pesta Sukan Kebudayaan Pegawai Pendidikan (PSKPP)peringkat negeri Pahang. Dua orang sahabat ini dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Kuala Pilah ,Negeri Sembilan. walaupun pertemuan ini berlangsung sekejap sahaja ianya cukup bermakna bagi kami bertiga. Bila dah bertemu banyaklah yang disembangkan tentang cerita-cerita lama, bertanya khabar tentang sahabat-sahabat yang lain, tentang keluarga masing-masing dan juga kerjaya.



Abe Ko masih macam dulu lagi tak ada perubahan mantain lagi, Yoh dah nampak sikit perubahan..Rambut dah banyak yang putih lebih kurang aku la juga. Apapun inilah antara sahabat paling kamcing sewaktu belajar dulu.Aku dan Abe Ko serta seorang lagi rakan (yusman) sama-sama praktikum di Felda Ulu Jempol.Yoh paling kamcing sekali, dia juga merupakan rakan yang selalu memberikan nasihat kepada kita orang. Dia jurulatih dan kapten kita orang untuk team KAGUM Bolasepak. Dia dipilih sebab dia adalah bekas pemain bolasepak Kelantan sebelum memasuki maktab seangkatan dengan Wan Rohaimi Ismail. Tapi la ni dah tak larat dah nak main bola, kalu main pun banyak berjalan dari berlari katanya.



Family Wok Yoh dan Abe Ko...Wok Yoh dah tambah ramai askarnya dulu masa belajar sorang je sekarang dah empat. Abe Ko masih belum ada rezeki untuk tambah askar, masa belajar sampai sekarang Nur Izzah Aqilah lah satu-satunya puteri beliau.Takpe Ki usaha lagi, demo muda lagi. Yoh boleh tambah lagi tu mana cukup empat......
Kepada rakan-rakan sekelas di MPTAA dulu yang sempat melayari blog ni, inilah gambar terkini Esae, Wok Yoh dan Abe Ko yang dirakamkan di lobi hotel Seri Malaysia Kuantan.

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Sulaiman yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2008. Teruskan perjuangan anda untuk keputusan yang lebih cemerlang di sekolah menengah nanti. tahniah dan syabas diucapkan.



Inilah 16 orang murid-murid yang menjadi kebanggaan guru-guru dan warga SK Sulaiman.

Belakang : Hafiz, Lutfil Hadi, Amin dan Suresh.
Tengah : Syazwan, Akmal Fauzan, Azrul Azfar, Naim, Nasharudin, Nor Iman, Junaidi IKhmal dan Jasreen
Depan : Lakhnia, Faizura, Emy dan Atikah.

Wednesday 12 November 2008

Perkhemahan Bersepadu Tahun 6 SKS

Gambar-gambar sekitar program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 6 SK Sulaiman 2008.



Khemah untuk murid-murid lelaki. terima kasih kepada ATM Kem Bentong yang sudi meminjamkan 4 buah khemah kepada kami.


Khemah untuk murid-murid perempuan. Ramai yang komplen kata sempit tidur enam orang dalam satu khemah. Kalau ngkorang nak selesa balik tidur kat umah la budak-budak oii...









Orang-orang kuat di bahagian masakan. Tanpa dia orang ni alamat kebulur la peserta-peserta perkhemahan. Kak Remy menyinsing lengan untuk membasuh ayam, Kiah masih mampu tersenyum walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk datang menyediakan makanan kepada semua orang yang terlibat dalam perkhemahan ini.Guru-guru yang lain sedang mengisi perut dengan roti canai sekeping seorang.




Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program perkhemahan ini.Semua peserta menunjukkan minat terhadap semua aktiviti yang dijalankan.




Sebelum makan kita kena baca doa dulu..Cikgu Zaki sedang memilih calon yang berkaliber untuk mengetuai bacaan doa. Kalau takde yang nak baca doa tu..ngko la yang baca Pokki.








Wajah insan-insan terpilih menghiasi ruang sesawang ini.

Akram senyum jer mentang-mentanglah kumpulan dia banyak menang pertandingan yang dijalankan.

Abang Ajak tak sempat nak tukar pakaian teringin sangat nak bersenamrobik.

Rina ngan Syamimi ni pula minta gambar mereka dirakamkan sebelum masuk tidur. Selagi tak ambil gambar selagi tu la tak nak masuk tidur.Apelah budak dua orang ni.


Azatul pula tersenyum malu bila menyedari gelagatnya dirakamkan oleh Ustaz Hisyam.
Tahun depan awak tukar sekolah ke Simpang Pulai bawa sekali makhluk halus yang selalu ganggu awak tu...Buang dia kat hutan simpan Negeri Perak tak pun halau dia pi pungut daun teh di Cameron Highland.

Sunday 2 November 2008

Klinik Bolasepak SKS

Semalam hari Sabtu 01 November, SKS mengadakan satu klinik bolasepak kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Program ini melibatkan kira-kira 40 orang murid. Sebenarnya projek ini dirancangkan oleh GPK Kokurikulum SKS iaitu Cikgu Razab. Klinik ini diadakan untuk mencungkil bakat di kalangan murid-murid untuk mewakili SKS dalam pertandingan bolasepak MSSMP pada tahun hadapan.Klinik ini juga bertujuan untuk mengajar murid-murid tentang kemahiran asas bolasepak seperti menendang, menahan, menanduk dan menggelecek bola.
Dua orang jurulatih yang dijemput khas untuk menjayakan klinik ini ialah En.Zulkifli Awang dari SMK Kuala Repas dan juga En Emizal dari SK Sg Dua. Mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bolasepak.( En Zul mewakili Maktab dalam kejohanan KAGUm, mewakili Daerah Bentong dalam MSKPP dan mewakili kampung dia dalam Kejohanan Futsall Terbuka Kelantan baru-baru ini.hehehe jangan marah bos. En Emizal merupakan seorang yang aktif dalam bersukan, boleh dikatakan semua jenis sukan dia terlibat.)
Ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyumbang untuk program ini.Antaranya Kedai Buku SKS, GPK Koko, KGP.Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan klinik ini yang pada keseluruhannya tercapai objektifnya.Terima kasih juga kepada Maksu dan Paksu yang menyediakan makanan tengahari, Ipin dan Upin( Talib ) yang bertungkus lumus memastikan rumput kat padang tu pendek dan kawan-kawan yang lain yang sudi melontarkan idea agar program ini berjalan lancar.Terima kasih semua adios....



Dua orang jurulatih yang terlibat dalam menjayakan klinik ini.










Zul penuh semangat menerangkan cara-cara menahan bola dengan menggunakan paha kepada peserta-peserta klinik.Hehe kemas bos...



Amacam bos ada bakat tak budak-budak kawe nak main bola. Kalau tak berbakat demo wat la lagu mana pun supaya budak-budak ni berbakat..



Antara gambar-gambar menarik sepanjang klinik dijalankan.

Saturday 1 November 2008

Coretan Dinihari



Aku sebenarnya baru balik dari Annual Dinner kelab guru sekolah aku. Tahun ni pengerusi KGP sekolah aku ajak kita orang buat di Vistana Hotel KL.Best juga la kat sini, makanan pun sedap, tempat pun okey. Aku tak tahu la bagi orang lain berbaloi ke tidak bayar RM 65.00 seorang tuk makan kat sini.Aku okey jer...Malam ni boleh tengok la member-member aku melaram sakan. Ada yang beli baju baru tuk dinner ni, ada yang macam artis pun ada. Ada sorang member aku tu pakai baju baru kalau tak silap baru beli last week. harga? Boleh tahan juga la, dia kata RM 70.00...Fuyoo bro hebat la ngko.Member aku yang pakai Waja tu plak tak tahu la baju baru tau lama, tapi macam baru la coz sebelum ni aku tak penah tengok dia pakai pun baju tu. Biasa la member dapat duit kutu baru ni.Member aku si Bandito tu tak tau la beli baju baru ke tidak untuk mai dinner ni. Cikgu-cikgu pompuan plak macam biasa la kalau bab berpakaian ni...Aku rasa tokey kedai buku and akak aku yang baru balik dari belajar 14 minggu tu pun baju baru gak kot kalu lama pun takde la lama sangat kot baju raya baru ni.Kalu ada hadiah pakaian cantik aku rasa kak Linda boleh menang bab ni (hehe kalau akak terbaca tau terdengar dari orang jangan marah ek, ni betul2 punya bukan perli ke apa).

Kat sini aku postkan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil tadi....


Nilah dewan tempat kita orang dinner malam tadi " Dewan Pangkor " Dewan ini menjadi saksi kepada kesungguhan warga SKS menghabiskan makanan yang disediakan. tapi tak berjaya la coz bila habis je dia tambah, bila habis je dia tambah....



Member aku ni tengah cuba mike sambil test power nak karaoke malam nanti. masa ni takde orang lagi so dia berani la. Kalau ada orng malu katanya.Tapi dia kecewa coz lagu kegemaran dia Meniti Suratan takde dalam simpanan pakcik karaoke ni.



Dia ni kesian betul aku dengar cerita dia, orang lain sume dah masuk dalam tapi dia kena suruh tunggu meja door gift. Sampai hati ko bro buat member macam ni, datang satu kereta bila masuk dewan ko tinggal member dah tu ko duduk meja VIP lagi tu. Gagal la ngko bro.....










3 keping gambar ni menunjukkan calaon2 guru yang akan ditukarkan kesekolah lain next year kerana mereka ini berpakat menghantar memorendum kepada guru besar yang ketika itu tengah berucap supaya menghentikan ucapan kerana perut mereka ini sudah tidak dapat lagi menahan kelaparan.Kumpulan ini diketuai oleh cikgu yang agak otai sikit yang tengah menjeling marah kepada GB. Perhatikanlah gambar tu betul2 yang mana satu gerangan diri.



Aku ambil peluang tuk bergambar bersama 2 orang akak otai aku ni, manalah tahu kalau-kalau dia orang betul2 kena tukar coz termasuk dalam geng menghantar memorendum kepada GB. sekurang-kurangnya aku ada gambar kenangan la ngan akak-akak aku ni.

Member aku yang awai-awai lagi dah test power, pas tu malu konon akhirnya terpaksa juga memperdengarkan juga suaranya yang mancho ala-ala yantzen tu, berduet bersama Kak Engku atas permintaan kawan-kawan.Masa ngko nyanyi bro , aku kat sebelah Kak Ita..aku dengar dia ada sebut tentang Mekah, pas tu pasal Kaabah,pas tu ada dia sebut makin jauh,makin jauh.. tapi aku tak berapa nak dengar apa yang dia cakap tu maklumlah time tu ngko tengah mengalunkan lagu so aku tak berapa pasti apa yang dia maksudkan sebenarnya. Apapun salute tuk Kak Engku yang spoting menyanyikan lagu Doa buat Kekasih..
Cerita Annual Dinner yang lain ngkorang bacalah dalam blog kawan-kawan aku yang lain plak....adios.