PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Tuesday 18 November 2008

TIGA ORANG SAHABAT



Alhamdulillah ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya aku dapat bertemu dengan dua orang sahabat karib ( Khairul yang lebih dikenali dengan nama Wok Yoh dan juga Zaki ( Abe Ko ) sewaktu di MPTAA dulu) yang sama-sama belajar di MPTAA dulu. Sepuluh tahun dulu kami sama-sama belajar di MPTAA dalam satu unit iaitu Pengajian Agama/Kajian Tempatan.Tengahari Sabtu (15.Nov.2008 ) kami bertemu di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Kebetulan masa tu aku menyertai Pesta Sukan Kebudayaan Pegawai Pendidikan (PSKPP)peringkat negeri Pahang. Dua orang sahabat ini dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Kuala Pilah ,Negeri Sembilan. walaupun pertemuan ini berlangsung sekejap sahaja ianya cukup bermakna bagi kami bertiga. Bila dah bertemu banyaklah yang disembangkan tentang cerita-cerita lama, bertanya khabar tentang sahabat-sahabat yang lain, tentang keluarga masing-masing dan juga kerjaya.



Abe Ko masih macam dulu lagi tak ada perubahan mantain lagi, Yoh dah nampak sikit perubahan..Rambut dah banyak yang putih lebih kurang aku la juga. Apapun inilah antara sahabat paling kamcing sewaktu belajar dulu.Aku dan Abe Ko serta seorang lagi rakan (yusman) sama-sama praktikum di Felda Ulu Jempol.Yoh paling kamcing sekali, dia juga merupakan rakan yang selalu memberikan nasihat kepada kita orang. Dia jurulatih dan kapten kita orang untuk team KAGUM Bolasepak. Dia dipilih sebab dia adalah bekas pemain bolasepak Kelantan sebelum memasuki maktab seangkatan dengan Wan Rohaimi Ismail. Tapi la ni dah tak larat dah nak main bola, kalu main pun banyak berjalan dari berlari katanya.



Family Wok Yoh dan Abe Ko...Wok Yoh dah tambah ramai askarnya dulu masa belajar sorang je sekarang dah empat. Abe Ko masih belum ada rezeki untuk tambah askar, masa belajar sampai sekarang Nur Izzah Aqilah lah satu-satunya puteri beliau.Takpe Ki usaha lagi, demo muda lagi. Yoh boleh tambah lagi tu mana cukup empat......
Kepada rakan-rakan sekelas di MPTAA dulu yang sempat melayari blog ni, inilah gambar terkini Esae, Wok Yoh dan Abe Ko yang dirakamkan di lobi hotel Seri Malaysia Kuantan.

0 comments: