PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Sunday 2 November 2008

Klinik Bolasepak SKS

Semalam hari Sabtu 01 November, SKS mengadakan satu klinik bolasepak kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Program ini melibatkan kira-kira 40 orang murid. Sebenarnya projek ini dirancangkan oleh GPK Kokurikulum SKS iaitu Cikgu Razab. Klinik ini diadakan untuk mencungkil bakat di kalangan murid-murid untuk mewakili SKS dalam pertandingan bolasepak MSSMP pada tahun hadapan.Klinik ini juga bertujuan untuk mengajar murid-murid tentang kemahiran asas bolasepak seperti menendang, menahan, menanduk dan menggelecek bola.
Dua orang jurulatih yang dijemput khas untuk menjayakan klinik ini ialah En.Zulkifli Awang dari SMK Kuala Repas dan juga En Emizal dari SK Sg Dua. Mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bolasepak.( En Zul mewakili Maktab dalam kejohanan KAGUm, mewakili Daerah Bentong dalam MSKPP dan mewakili kampung dia dalam Kejohanan Futsall Terbuka Kelantan baru-baru ini.hehehe jangan marah bos. En Emizal merupakan seorang yang aktif dalam bersukan, boleh dikatakan semua jenis sukan dia terlibat.)
Ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menyumbang untuk program ini.Antaranya Kedai Buku SKS, GPK Koko, KGP.Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan klinik ini yang pada keseluruhannya tercapai objektifnya.Terima kasih juga kepada Maksu dan Paksu yang menyediakan makanan tengahari, Ipin dan Upin( Talib ) yang bertungkus lumus memastikan rumput kat padang tu pendek dan kawan-kawan yang lain yang sudi melontarkan idea agar program ini berjalan lancar.Terima kasih semua adios....



Dua orang jurulatih yang terlibat dalam menjayakan klinik ini.










Zul penuh semangat menerangkan cara-cara menahan bola dengan menggunakan paha kepada peserta-peserta klinik.Hehe kemas bos...



Amacam bos ada bakat tak budak-budak kawe nak main bola. Kalau tak berbakat demo wat la lagu mana pun supaya budak-budak ni berbakat..



Antara gambar-gambar menarik sepanjang klinik dijalankan.

0 comments: