PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Monday, 25 October 2010

BERSAWANG.

Salam semua kawan-kawan....hehe dah bersawang dah laman blog aku ni. Entah lah zaman orang tergila-gilakan Facebook ni, aku pun dah jadi malas untuk menulis dan merakamkan gambar dalam blog ni. Insyallah jika masih ada kekuatan dan minat terhadap blog ni, aku akan terus mengemaskinikannya.

Sunday, 6 June 2010

Perhimpunan Membantah Kekejaman Zionis Israel


Alhamdullillah...kerana aku berkesempatan untuk bersama ribuan lagi rakyat Malaysia berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika pada hari Jumaat lepas. dianggarkan tidak kurang daripada 10 000 yang menyertai bantahan tersebut.
Perarakan bermula selepas solat jumaat di Masjik Kg Baru. Para peserta berarak sambil melaungkan kecaman terhadap Zionis dan juga sekutu kuatnya Amerika Syarikat. Ada orang menganggap kerja demonstrasi ini sia-sia sahaja kerana Israel tidak akan mempedulikan apa-apa kecaman terhadapnya. Namun apa lagi pilihan yang kita ada?? Selain berdoa, bersolat hajat,dan berqunut nazilah? takkan kita hanya mengutuk Israel di dalam rumah kita, di hadapan TV sahaja.
Semoga apa yang aku lakukan ini berpahala dan menjadi jawapan aku bila ditanya oleh SWT nanti. Insyallah...

Orang ramai yang menyertai bantahan terhadap kekejaman Zionis


Pejuang masa hadapan. Family adik ni paling bersemangat. Tahniah Dik!!!


Bersama MP Kubang Kerian dan MP Kuala Krai yang sama-sama berdemo.

Ya allah bebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis Laknatullah. Hancurkanlah regimZionis Ya Allah.....Hapuskan mereka dari muka bumi ini Ya Allah.

Friday, 19 March 2010

Aktiviti Tetap.


Aktiviti yang tidak pernah gagal bila balik kampung ialah...bermain air di Lata Chelak dan Makan Ayam di RFC Sungai Petani.


Memang best dapat main air musim panas ni. Rasa tak puas jer berendam dalam air. Air sungai pula sejuk sangat,budak-budak ni mandi kejap jer dah terketaq-ketaq.


Pas mandi kena pula pisang goreng dengan ayaq kopi, fuh memang best. Hilang sejuk!


Ni gambaq kat RFC Sg Petani, ntah kenapa anak-anak aku jadi suka pula makan ayam RFC ni. Asal balik kampung jer mesti ajak mai sini.

Sunday, 7 February 2010

Kem Motivasi Dan Khemah Ibadah Tahun 6

Program hujung minggu untuk murid-murid Tahun 6 SK Sulaiman anjuran bersama unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Unit Bina Insan. program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian program ialah, ceramah motivasi, kuliah maghrib, qiamullail, bacaan yasin dan LDK berkaitan solat.

Solat maghrib dan kuliah maghrib diketuai oleh Ustaz Zamri Bin Basri

Slot motivasi disampaikan oleh Ustaz Hj Aris Hazlan bin Ismail

Guru dan murid berqiamullail bermula jam 5 pagi. Alhamdulillah murid-murid begitu bersemangat untuk mendirikan qiamullail sehinggakan ada yang sudah bangun pada jam 3 pagi.

Ya Allah kami sujud memohon kepada Mu ...kurniakanlah kepada kami fikiran yang cerdas, agar kami menjadi murid yang pintar dalam mendalami ilmu.


Gelagat beberapa orang murid yang sempat dirakamkan.
Aktiviti riadah dipimpin oleh Cikgu Rosnizal

Semoga program ini akan memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dab juga tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT.

Monday, 1 February 2010

Masa Berlalu

Cepat tul masa bergerak sekarang. Hari ni dah masuk bulan kedua tahun 2010. Kekadang tu beli suratkhabar pun tak sempat nak baca. Mengimbas kembali 10 tahun di alaf baru terasa begitu cepat masa berlalu.

Tahun 2000.
- Masih belajar dalam Semester 4 di MPTAA sekarang di kenali dengan IPTAA.
- Praktikum di Felda Ulu Jempol bersama dengan member kamcing Yusman dan juga Atie dan CT.
- Solo lagi masa ni masih dok mencari cinta. Haha...


Tahun 2001.
- Semester akhir di MPTAA, praktikum di SKTF Bentong.
- Posting ke Sabah.
- Ngajar di sekolah pertama SK Lotong, Kudat Sabah.
- Beli motor EX5 dengan gaji pertama sebagai guru. ( SAA 2013 B )

2002.
- Still di Sabah.
-Merisik orang yang jadi wife sekarang.
-Minta tukar sekolah tapi tak dapat.

Tahun 2003.
- Sah menjadi suami kepada Pn Feruza Emi binti Abd Malek.
-Pertama kali ditimpa kemalangan, langgar anjing sewaktu balik dari sekolah.
Patah tulang selangka.
-Still di Sabah.

Tahun 2004.
- Menjadi ayah kepada Farah Amalia binti Alhisyam.
- still tak dapat tukar sekolah.
-Apply balik semenanjung.
- Beli Kereta Produa Kelisa PGA 5531.

Tahun 2005.
- Bertukar dari Sabah ke Pahang Darulmakmur.
- Ngajar SJKC Telemong.
-Lahir arif Amsyar bin Alhisyam.

Tahun 2006.
- Tukar sekolah ke SK Sulaiman, Bentong.
- Tinggal menyewa di Taman Kolej, Bentong.
- Kehidupan yang penuh dengan dugaan sebagai suami isteri.

Tahun 2007.
- Still ngajar di SK Sulaiman.
-Berpindah ke Taman Bentong Makmur.
-Menunaikan umrah bersama ustaz Aris, dan Kari.

Tahun 2008.
- Dah makin tua, uban dah mula memutih di kepala.
- Still di SK Sulaiman.
- Perkahwinan adik ipar ( Faziha Binti Abd Malek )

Tahun 2009.
- Masih mengajar di SK Sulaiman.
- Kepulangan ayah mertua ke Rahmatullah ( alfatihah )
- kedatanga orang baru ( Arif Fahmi bin Alhisyam )
- Perkahwinan adik ( Yusof )

Sunday, 10 January 2010

Sampai Juga

Tn. Haji Aris Hazlan Bin Ismail akhirnya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki ke teratak Ochea di Kg Bukit Iboi, Kupang , Baling, Kedah Darulaman.
Next time datang awal sikit ustaz...sian salman nak mandi sungai tak dapat coz sampai dah malam.

Sunday, 27 December 2009

Aktiviti Musim Cuti

Makteh mengabadikan gambar bersama anak-anak saudaranya di RFC Sungai Petani.

Sesiapa yang bercuti ke utara tanahair, jangan lupa singgah di Radix Fried Chicken di Sungai Petani. Rasanya enak dan dijamin halal 100%.

MANDI MANDA DI LATA CHELAK

Mandi manda di Lata Chelak yang airnya sejuk dan jernih.


Eiii...sejuknya, amsyar dan farah menggigil kesejukan.



Kalau ada masa lapang, bawalah keluarga anda untuk datang berkelah ataupun mandi-manda di sini. Suasana yang damai, tenang dan airnya yang jernih lagi bersih boleh membuatkan sesiapa yang berkunjung merasa puas.

Beberapa Aktiviti Semasa Cuti

Program Korban.

Korban Perdana Surau al-Munir , Kg Bukit Iboi.
Bergotong royong memotong daging lembu yang dikorbankan. 5 ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk kampung Bukit Iboi.
Sebahagian daging dimasak untuk dihidangkan kepada mereka yang hadir dan mereka yang membantu menjayakan ibadat korban pada tahun ini.


ZIARAH

Alfatihah untuk mereka yang telah pergi bertemu Ilahi.
Tok Chai..Hj Md Daud Bin Saman
Tok Wan.....Hjh Leha Binti Ibrahim
Tok Nyang....Esah Binti Ali
Makcik....Solehah Binti Hj Md Daud
Semoga Allah Taala menempatkan mereka bersama orang yang beriman.

Monday, 23 November 2009

Graduasi Pra Sekolah 2009.

Alhamdulillah....Farah Amalia binti Alhisam telah berjaya menamatkan sesi pengajiannya di Pra Sekolah Sk Sulaiman. Sesi graduasi telah dijalankan pada 19 November 2009 bersama dengan Hari Anugerah Cemerlang.Gambar 1 :Farah Amalia bergambar beramai-ramai bersama dengan rakan-rakan , Guru Besar SKS dan juga YDP PIBG SKS.
Gambar 2 & 3 : Farah Amalia berpakaian jubah graduasi. Dia mengadu jubah dia labuh sangat susah nak jalan, sebab tu masa naik ke pentas diangkatnya jubah.


Bergambar bersama ayahnya selepas menerima sijil tamat pengajian untuk tahun 2009. Next year farah akan terima lagi coz tahun 2010 farah akan sekali lagi memasuki Pra Sekolah.

Sunday, 22 November 2009

Basikal Baru.



Untung Farah ngan Amsyar, kecil-kecil lagi dah dapat basikal. Ayahnya dulu masuk sekolah menengah baru dapat merasa naik basikal sendiri. Itupun sebab nal bawa p sekolah kalu tak tak merasa la nak dapat basikal sendiri. Maklumlah mak ngan ayah bukan orang berada sangat.......

Annual Dinner 2009

Annual Dinner KGP SK Sulaiman 2009 telah diadakan pada malam Rabu, 18 November 2009. Annaul Dinner ini di adakan di Bukit Tinggi Resort. Mari kita lihat beberapa gambar menarik sepanjang annual dinner....Roja Mukarjee yang menjadi tumpuan pada malan ini. Kak Remy pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Roja Mukarjee.
Apa yang didoakan oleh Ust Nazari tu...?Doa makan tau doa selamat bertunang?
Dan apa pula yang sedang perhatikan oleh Farah dan Auni ni...?
Antara tetamu yang hadir pada malam ini. Masing-masing melaram dengan pakaian cantik...
Kak Ani bersama husband dan anak-anak, Kak Pah ngan abg Piangnya, Kak Zu dan anak-anak
Kak Remy sekeluarga dan ramai lagi...


Berbaris untuk mengambil makanan yang dalam kategori" bolehlah" bagi aku. Secara keseluruhannya makanan yang dipilih sebagai hidangan pada malam ini kureng sikit.








Team anak beranak....Kak Zu, Kak ani, dan Kak Ma bersama anak terunanya.
Aktiviti selepas perut dah kenyang. Kari, Yoyo dan Syahir berentap di meja snooker untuk membuktikan kehandalan masing-masing. Kari telah telah menunjukkan kehandalan dalam permainan bowling setelah muncul johan bersama Pokki dalam pertandingan yang diadakan pada sebelah petang.Omar sebagai pemerhati bebas....

Sunday, 15 November 2009

Badminton Tertutup SKS

Pertandingan badminton tertutup SKS telah dijalankan pada minggu lepas. Terdapat enam pasangan yang mengambil bahagian iaitu pasangan Kari/Din, Jai / Fendi, Kime / Omar, Zam / Mizal, Yoyo / Shah dan pasangan Hise/ Pokki.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :-
Johan : Kari / Din
Naib Johan : Zdcaprio / Mizal
Ketiga : Wak Kime / Omar
Keempat : Jai / Fendi
Kelima : Dikongsi bersama pasangan Yoyo / Shah dan Pokki / Hise.

Tahniah kepada yang menang, yang tak menang jangan bimbang. Tahun depan boleh balas dendam!!!!

Saturday, 31 October 2009

Geng Keras..

Hari sabtu 24 Oktober aku dapat sms dari member aku di Kuala Klawang " yob, kira jadilah g umah kome hari ni, jap lagi teman bertolak." Lama aku tak jumpa geng keras ni saudara Aswadi , kami kenal sewaktu sama-sama bertugas di Daerah Kudat, Sabah. Kira masa kat Kudat tu betul-betul geng la, ke mana saja berdua ngeteh ke, main bola ke, main badminton ke cuma satu jer aku dapat join hobi dia, mancing beb. Dia ni kaki pancing asal cuti sekolah jer sewa bot p tengah laut memancing. Sekarang duduk kat Kuala Klawang tak tahu la mancing kat mana member ni.Anak dia dah dua orang, yang sulong Ali Hassan dan yang nombor dua Ali Hussin. Yang baju merah tu bukan anak dia tapi anak aku Arif Amsyar Thank you yob atas kunjungan tempohari. Nanti bila teman dah pakai Nissan Grand Livina teman buat kunjungan balas ke Kuala Kelawang.

Sunday, 25 October 2009

Test Power

Hari Sabtu baru ni aku, pokki, zam and abe Ajak bermotosikal ke K.Lumpur. takde apapun yang specialnya cuma kita orang sesaje nak p bekfast di K. Lumpur. Haha takde keja betul korang ni. Bergerak dari Bentong kul 8.00 pagi n sampai di Gombak ( gerai dalam gambar ni) kul 9.00 pagi. Oleh kerana memang plan nak bekfast di Gombak so memang kosongkan perut lah dari rumah. Sampai je kat kedai ni terus ambik nasi lemak ngan radix tarik. Lepas sarapan gerak ke Sentul, p tukaq tayar motor letak tayar besar sikit sedap ambil lap. Ini teori Pokki la so aku pun terpengaruh maka melayang lah rm 200 pagi ni tuk dua biji tayar. Us.Zam mengambil kesempatan untuk memasang Box Givi kat belakang motor yamaha LC dia. Tu yang senyum sampai ke telinga coz Pokki puji motor dia nampak lawa bila pasang box. Haha....sayang aku tak sempat nak snap gambar motor dia.
Balik dari KL singgah minum di Genting Sempah. Sebelum balik ada pula mamat sorang ni telefon suruh belikan juga tayar motor untuk dia. sape lagi Alakari la ajak pegi sekali taknak.....

Karnival Pra sekolah Bentong

Farah Amalia telah mewakili Pra Sekolah Sk Sulaiman dalam pertandingan Hafazan Ayat lazim. Karnival ini telah berlangsung di Sk Lurah Bilut, Bentong. Walaupun tidak menang sekurang-kurangnya farah mempunyai keberanian untuk bertanding. Takpe tahun depan farah cuba lagi.

Tuesday, 20 October 2009

BELASUNGKAWA

( Gambar ABAH di zaman remaja )

Janji Allah SWT ...apabila tiba saat kematian maka tidak akan dicepatkan walau sesaat dan tidak juga dilambatkan walau sesaat. Maka takdir Allah terhadap ayahnda mertua telah ditentukan sejak azali. Maka pada pagi Isnin 12 hb Oktober 2009, bersamaan 23 syawal 1430 H tepat jam 8.45 pagi insan yang kami sapa " abah "ni telah pergi buat selama-lamanya. Abah telah pergi bertemu dengan penciptaNya. Setelah lebih kurang sebulan abah dirawat di hospital Bentong, maka janji allah telah sampai. Apabila tiba saat kematian maka tiada sesiapapun yang mampu menghalangnya. Semoga roh abah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Insyaallah.... Al-fatihah.

Monday, 5 October 2009

Baby

Baby yang tengah tidur nyenyak ni telah selamat dilahirkan oleh mamanya tepat jam 4.11 am hari Rabu bertarikh 30 September 2009, bersamaan 11 syawal 1430 hijrah. Allah SWT mentakdirkan baby ini lahir dalam bulan yang sama dengan kakak dan abangnya. Kakak sulung baby ini lahir pada 23 September 2004, manakala abangnya lahir pada 25 september 2005. Alhamdulillah setiap ketentuan itu ada hikmahnya..Dan Insyaallah baby ini akan diberi nama Arif Fahmi. Semoga baby ini akan membesar sebagai seorang yang bijak dan faham akan tujuan kehidupannya. Insyaallah......

Wednesday, 16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya Aidilfitri, kepada semua rakan-rakan yang sudi menjengok blog ini. Kepada rakan-rakan yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing, satu pesanan untuk kalian berhati-hati memandu....Yang akan beraya di kampung isteri atau suami terimalah kenyataan ini seadanya. Tahun depan rumah kalian pula...maaf zahir batin.

Saturday, 5 September 2009

Solat Hajat ( UPSR )



Masjis berbuka puasa, solat maghrib, dan solat hajat sempena dengan peperiksaan 2009 telah diadakan di Masjid Bandar Bentong pada hari Rabu 02 September yang lepas. Solat hajat ini diadakan sebagai ikhtiar bagi murid-murid tahun 6 SK Sulaiman yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula hari Selasa nanti. Allah SWT mengajar kita supaya berdoa kepadaNya untuk memohon kejayaan setelah kita telah membuat persediaan yang sebetulnya. Solat hajat merupakan penyerahan kita kepada Allah SWT selepas kita telah melakukan persediaan yang terbaik untuk mencapai kejayaan.
Solat hajat ini telah diadakan di Masjid Bandar Bentong yang dihadiri oleh murid tahun 6 dan ibu-bapa masing.

Majlis dimulakan dengan majlis berbuka puasa dengan menu utama nasi tomato. Semua orang menikmati hidangan berbuka puasa dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri kepada Allah SWT. Selepas itu diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan ada yang meneruskan dengan solat isyak dan tarawih. Ada yang pulang seusai solat hajat kerana meneruskan solat isyak dan terawaih di masjid atau surau yang berhampiran dengan kediaman masing-masing.
Semoga Allah SWT mengmakbulkan doa kita semua. Semoga dengan usaha kecil ini semua murid-murid SKS akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR kali ini. Insyallah...


Antara guru-guru yang hadir dan sempat dirakamkan gambar-gambar mereka.