Sebelah kiri bil baru dari pihak astro bagi bulan Ogos yang mengenakan cas baru berhargaRM 71.95.
Allah swt menyediakan nikmat syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati...
Sebelah kiri bil baru dari pihak astro bagi bulan Ogos yang mengenakan cas baru berhargaPosted by ochea at 22:32 0 comments
Salam takziah kepada keluarga allahyarham Cikgu Zakaria bin Abdul Wahab yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat 07.08.2009. Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang beriman. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat....alfatihah..
Posted by ochea at 09:29 0 comments

Tahniah Dato' Dr Hassan Ali....di atas ketegasan anda!!!! Arak haram kepada umat islam, penganut agama lain lantak la..
Posted by ochea at 09:19 0 comments




Posted by ochea at 21:27 0 comments
Beberapa keping gambar sempena dengan Bulan Kecergasan KPM peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Daerah Temerloh pada 18 dan 19 Julai yang lalu.
Posted by ochea at 20:44 0 comments
Kembori pengakap daerah Bentong telah diadakan pada 22 Jun hingga 25 Jun 2009. Kembori ini melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh daerah bentong. Kembori ini ini diadakan di Pulau Santap, Janda Baik.
Atas arahan sekolah aku pun menghantar juga pesrta ke kembori ini. 9 orang ahli pengakap tahun lima dipilih untuk mengikuti kembori ini. Rancangan awal untuk menghantar 14 orang peserta namun berlaku penarikan diri disaat akhir menyebabkan 9 orang sahaja yang tinggal.
Cikgu yang terlibat ialah Cikgu Affindi (guru penasihat pengakap sekolah) dan aku la sapa lagi. Cikgu Zakiyamani juga terlibat tetapi sebagai urusetia.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir menjengok kami di Pulau Santap sepanjang kembori berlangsung.
Sebenarnya banyak peristiwa luar jangka yang berlaku. Peristiwa ini bukan berlaku di Janda Baik tempat kembori berlangsung, tetapi meletup di SKS. Ada orang mengamuk tak tentu pasal kerana kembori ini. Hairan...ada manusia boleh hilang kewarasan kerana kembori ini. Ada manusia sanggup mengeluarkan ungkapan " besar rantai dari Beruk" gara-gara kembori ini. Ada Ketua Kampung yang sanggup bertegang urat dengan JKKK gara-gara kembori ini. Yang pastinya ada jiwa yang terluka. Perasaan hormat sesama insan hilang gara-gara kembori ini. Bukan kembori yang harus dipersalahkan tetapi sikap egoistik, autokratik,dan individualistik yang menguasai diri menyebabkan ada insan hilang pertimbangan.
Apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Asidah ( GPK KoKo, Juliya, Oja, Ida, Kak Noridah( GPK HEM ), Ijal dan Alakari yang sudi datangmenjengok dan memasak makan malam untuk kami. Terima kasih daun keladi.......Antara gambar yang sempat dirakamkan semasa kembori.
Sebelum makan kena baca doa dulu. Petang ni giliran sape baca doa.?

Yang ni plak dorang nak buat rakit. Pening kepala cikgu masa briefing semalam suruh buat benda lain bila time bertanding buat rakit la pula. Aduh.. pening...pening
Bro Fendi dah tak daya lagi nak melayan karenah ahli-ahli pengakap. kepala dia yang hampir tiada rambut itu mula berdenyut-denyut.....
Inilah ahli-ahli pengakap SKS yang menyebabkan Cikgu Fendi sakit kepala.
Menu yang paling sedap sekali sepanjang kembori hasil sentuhan Cikgu Ida. Tak caya ke? Tanya Cikgu Alakari la.
Memang sedap masakan pada petang ni. Macam-macam ada sampai tak termakan budak-budak pengakap tu.

Posted by ochea at 12:08 0 comments
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Yusof Bin Ahmad dan HaszimahBinti Zakaria yang telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei 2009. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan dengan anak-anak yang comel.
Di sini aku paparkan beberapa keping foto menarik semasa kenduri perkahwinan Pak Lang Usop.
Warna hijau putih menjadi warna pilihan di meja tempat pengantin makan beradab. Warna ini menjadi warna " kegemaran " ayah aku.
Bergambar kenangan bersama family di meja makan pengantin. Tak boleh makan bersama pengantin, dapat bergambar pun jadi lah.....
Mak dalam wajah gembira kerana anak" bertuahnya" telah selamat melangsungkan perkahwinan. Mak diapit oleh anak dan cucu-cucunya.Posted by ochea at 22:35 0 comments