PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Wednesday 30 April 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

ESOK HARI BERSEJARAH BAGI SEPUPU AKU KERANA AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA DENGAN PEMUDA PILIHANNYA........SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU.
MAAF BANYAK-BANYAK COZ KITA ORANG TIDAK DAPAT BALIK UNTUK BERSAMA-SAMA MERAIKAN HARI BAHAGIA HANGPA.TAHNIAH JUGA KEPADA PAKSU DAN MAKSU YANG AKAN DAPAT MENANTU..

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PASANGAN :

SITI SARA BINTI HASAN & ROSIMI BIN IDRIS.

Thursday 17 April 2008

KURANG AJAR

Mereka Semakin Berani Atau Kita Sedang Diuji?

Nampaknya orang yang benci kepada Islam semakin berani menyatakan secara terang-terangan permusuhan mereka. Jika dahulu mengenai karikatur Nabi Muhammad pertama dimulai setelah dua belas Karikatur Nabi Muhammad diterbitkan di surat kabar Jyllands-Posten 30_September 2005 adalah surat kabar terbesar di Denmark.

Kemudian nampaknya timbul pula ahli Parlimen biadab dari Belanda iaitu Geert Wilders yang menyiarkan filem bertajuk Fitna secara online. Filem ini disiarkan pada 27 Mac 2008 kira-kira 15 minit.

Manakala kira-kira jam 8.30 malam pula TV3 menyiarkan berita mengenai pementasan Satanic Versus diadaptasi dari novel karya si murtad Salman Rushdie yang telah mendapat arahan dari negara Iran dengan tawaran berjuta ringgit untuk membunuh musuh Islam ini.

Banyak respon dari umat Islam yang bangkit menentang pencerobohan mereka yang amat memusuhi Islam ini. Ada pendapat dari orang Islam yang menyatakan agar kita bersabar sahaja, tidak perlu memboikot barangan Belanda.

Perkara ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja, kita perlu menunjukkan rasa sayang kita kepada agama. Kita sudah terlalu terlalu banyak bersabar dengan Yahudi dan Nasara (yang benci dengan Islam) bahkan dengan mereka yang murtad yang memusuhi agama Islam dengan mendatangkan pelbagai fitnah dan pembohongan.

“Golongan Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu) pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu" [Al-Baqarah: 120].

Peranan kita, adalah menyatakan protes terhadap musuh-musuh Islam ini samada dengan memboikot barangan mereka , demonstrasi aman atau mengedarkan risalah, membuat filem yang menerangkan tentang Islam yang sebenar, perbincangan antara agama dan sebagainya kepada orang ramai untuk menyuburkan rasa kasih kepada agama sendiri.

Ujian Buat Umat Ini

Sesekali perlu juga kita fikirkan bersama, mengapa banyak sekali ujian datang bertimpa-timpa tanpa kita sedar. Adakah selama ini kita sudah menyumbangkan sesuatu untuk agamaNya? Sudah cukupkah usaha kita untuk menyedarkan remaja, belia, orang yang dewasa Muslim mengenai Islam?

Ada juga orang berkata, tidak perlu gopoh gapah, bertenang sahaja dan jangan marah-marah.

ALlahu..ALlah.. dugaan dan ujian yang ALlah beri agar kita kembali bermuhasabah diri semula.Nanti kita akan dapat lihat siapa sebenarnya diri kita,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al Ankabut: 2-3)

Samada kita marah kerana ALlah, atau hanya berdiam diri, atau mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah umat ini, (entah berapa ramai pula yang mengambil tahu isu seperti ini).

Sunday 13 April 2008

GURU OH GURU



Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas. Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.

Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya.

Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

http://jarumemas.blogspot.com
"


Artikel ini diambil daripada jarumemas.blogspot.com......semoga dihalalkan penyebaran coretan ini.

Sunday 6 April 2008

ULAMAK


Mursyidku, pemimpinku, guruku.....