PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Tuesday 28 July 2009

Pertandingan Pantas Jawi.

Pada 23 Julai 2009, satu pertandingan bagi memartabatkan tulisan jawi telah diadakan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( Wilayah Timur) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pahang( JPNP). Pertandingan ini telah dijalankan di Hotel MS Garden, Kuantan. Semua daerah dalam Negeri Pahang telah menghantar pesetra ke pertandingan ini kecuali Daerah Lipis.




Juru kuiz, penjaga masa dan hakim telah bersedia untuk memulakan pertandingan.


Ustaz Zamri bin Basri dari SK Sulaiman juga terlibat sebagai hakim dalam pertandingan ini. Amboi senyum jer ustaz.....


Peserta dari SK Sulaiman yang mewakili Daerah Bentong bagi ketagori Tahun 5 dan Tahun 6 bersama guru pengiring, Ustazah Hjh Zubaidah.



Peserta dari SKS....Anis, Fasihah,Syahirah dan Syahmi, telah mencuba sedaya upaya untuk mengeja perkataan-perkataan yang diberi. Namun apakan daya peserta lain lebih pantas daripada mereka menyebabkan mereka hanya pulang dengan hadiah saguhati sahaja. Apapun tahniah diucapkan kepada mereka ...



Jalan-jalan tengok laut di Pantai Teluk Cempedak......sebelum bergerak pulang ke Bentong. Insyaallah tahun depan jika dipilih kita datang lagi.

0 comments: