
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak. Segala puji hanya pada Allah yang masih lagi memberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Disaat jari jemari mengetuk keyboard ini, umat Islam seluruh negara sedang menunaikan fardu puasa untuk hari yang pertama.Selamat datang ramadhan.....
Bagi orang yang beriman kedatangan ramadhan begitu dinantikan, kedatangan ramadhan disambut penuh meriah. Masakan tidak di bulan inilah segala amalan baik dilipat gandakan pahalanya oleh Allah Pencipta Alam.
Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia kerana ianya dipilih oleh Allah Taala sebagai bulan bagi umat islam untuk menunaikan ibadah puasa. Firman Allah yang bermaksud...." wahai orang-orang yang beriman! Difardukan keatas kamu puasa (Ramadhan )." al-Baqarah : 183.
Ramadhan juga adalah bulan diturunkan al-Quran. Dalam bulan ini juga Allah datangkan satu malam yang mulia yang penuh dengan keberkatan iaitu Malam Lailatul Qadar. Hanya dalam bulan Ramadhan kita dapat menyaksikan manusia berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ketika ramadhan juga pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan juga diikat. Ini dapat dilihat dari Sabda Nabi yang bermaksud....
" Apabila masuk bulan ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan."( Riwayat Bukhari )
Sesungguhnya Ramadhan menjadi medan ujian bagi orang-orang yang beriman untuk mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa merupakan sifat yang terpuji. Dengan takwa ia mampu mencegah manusia daripada melakukan dosa dan maksiat.Amalan puasa dapat melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain.Dengan berpuasa kita dapat merasai derita lapar dan dahaga yang ditanggung oleh mereka-mereka yang kurang bernasib baik di atas muka bumi ini.
Alangkah ruginya kita jika tidak merebut peluang bagi mendapatkan rahmat Allah SWT sempena dengan kedatangan Ramadhan ini. Usah kita biarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja tanpa kita pedulikan. Kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini pergunakanlah dengan sepenuhnya untuk mencari dan menghimpun pahala dari Allah SWT. Hiasilah Ramadhan dengan solat Sunat Tarawih, tadarus al-Quran, berzikir mengingati Allah, bersedekah dan segala macam amalan baik yang lain. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas..Semoga perniagaan kita dengan Allah sepanjang Ramadhan ini akan memberikan kita keuntungan yang berlipat kali ganda. Insyaallah !!
PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.
Gambar hari Ini
Seloka Kedah
Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan
PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.
Monday, 1 September 2008
Ramadhan Datang Menyapa Lagi
Posted by ochea at 14:18 0 comments
Saturday, 30 August 2008
MERDEKA 51

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERJIWA MERDEKA. SYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH SWT KERANA MENGURNIAKAN KEAMANAN, KEDAMAIAN, DAN KESEJAHTERAAN KEPADA BUMI MALAYSIA.ALHAMDULILLAH.....
Posted by ochea at 23:05 0 comments
Tuesday, 15 July 2008
ALFATIHAH


SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ALLAHYARHAM DATO' PADUKA HJ AHMAD BASRI..... AL-FATIHAH
Posted by ochea at 23:05 0 comments
Tuesday, 24 June 2008
Keluarga Aku
Inilah gambar terkini aku dengan isteri dan anak-anak tersayang.
Farah senyum jer bila makcunya nak ambil gambar. Dia ni memang suka bergambar,dah nak masuk umur 4 tahun 23 hb september nanti.
Amsyar pula macam tengah memikirkan masalah negara jer...pikiq apa dik harga minyak dan harga barang makin naik ke?
Posted by ochea at 17:21 0 comments
Al-fatihah

Semalam genaplah 6 tahun Ustaz Haji Fadzil Noor pergi meninggalkan kita. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Alfatihah
Posted by ochea at 16:14 0 comments
Monday, 9 June 2008
Kebesaran Tuhan



Pemandangan di sekitar Tasik Banding,tasik buatan manusia ekoran terbinanya Empangan Temenggor yang terletak di Gerik Perak. Keindahan dan kedamaian di sini cukup untuk menenangkan fikiran.
Posted by ochea at 00:21 0 comments
Sunday, 8 June 2008
Cuti-Cuti Malaysia
Cuti sekolah baru ni aku mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bercuti ke Kelantan darulnaim. sebenarnya plan untuk ke Kelantan ni dah di rancang dari tahun lepas lagi. hasrat untuk bercuti ke Kelantan pada hujung tahun lepas tidak kesampaian kerana banjir. Jadi hajat untuk bercuti ke Kelantan ditunaikan pada cuti semester kali ini. Percutian 3 hari 2 malam ni dirasakan terlalu singkat, terima kasih kepada rakan sewaktu sama-sama belajar di MPTAA dulu md nor kerana bersusah payah menguruskan tempat tinggal sepanjang berada di Kelantan.
Antara Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Kelantan.....
kakak ngan adik macam tak sudi jer ayah nak tangkap gambar
mama tengah tengok-tengok kedai mana yang nak disinggahi semasa jalan-jalan cari tudung di Pasar Siti Khadijah
Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak ke PCB. Adik ngan kakak masing-masing memegang mainan yang baru dibeli
Senja di Pantai Cahaya Bulan memang mengasyidkan
Makan malam di medan selera bersebelahan dengan Stadium Sultan Muhammad ke IV
Posted by ochea at 23:49 0 comments
