PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Monday 4 May 2009

KONVOI II ( Bentong-C.Highland-Tapah-Batang kali-Bentong)

Sempena dengan cuti hari pekerja baru-baru ini, aku bersama dengan member-member dari CBC (Cikgu Bikers Club) telah berkonvoi ke Cameron Highland. Ahli konvoi terdiri daripada guru-guru sekitar Bentong dan juga beberapa orang rakan bukan guru. rombongan kami lebih kurang 30 orang terdiri daripada 27 orang lelaki, 2 orang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Kami bergerak ke CH menggunakan laluan Bentong- Felda Sg Koyan-Betau- Ringlet-Tanah Rata- Brinchang. Kami bermalam di Tanah Rata, selama 2 hari 1 malam. Konvoi ini diketuai oleh En. Zulkifli bin Awang sebagai Ketua Konvoi, dibantu oleh beberapa orang AJK tertinggi. Alhamdulillah semuanya selamat.

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan diketuai oleh Ustaz Faizal, dari Pusat Tahfiz Adnan yaakob, Bentong.








Syahir kontrol hensem ketika menjamu selera di Dataran Felda Sg Koyan. Perut tu lapar sangat maklumlah kuar umah tadi belum jamah apa-pa lagi.


Bergambar di pertengahan jalan menuju ke C.Highland. Si Kari tu pakai kalung apa plak tu? Kalau pakai kalung tu boleh jadi kebal ke bro...


Berehat sambil menikmati keindahan flora dan fauna.
Perjalanan mula mencabar bila memasuki jalan grabe dan tidak berturap. peserta konvoi mula menyedut debu saat ini.Bergambar kenangan di hadapan Kilang Teh Boh sebelum melawat ladang teh yang menghijau.Aku dan geng dari SKS (Kari, Pokki, Syahir dan Apiq) bergambar kenangan Boh Tea Centre.

Tiga orang jurucakap Teh Boh dengan aksi menunjukkan Boh ada Ummmpph!!!!! Kemas bro gaya memang ada, kepala pun hampir sama jer silaunya.
Ramai-ramai serbu gerai Uncle Vello untuk membeli sayur. Sini datang,sini datang.....18 barang RM 10. Uncle dah untung besar sebab tu siap ajak bergambar kenangan lagi dengan ahli konvoi.




Insan-insan yang malang dalam konvoi kali ini.Gambar Kiri- Alakari merenung tayar yang pancit....melayang rm 68 bro duit aku . Gambar Atas- Idris sedang memerhatikan makenik membaiki motornya, terbang RM 8 kerana gantikan spark plug. Gambar Kanan-Tayar motorsikal SAA 2013 B pancit di Gohtong Jaya.




Insan-Insan Bertuah. Gambar 1- Keyo yang terus mendapat tajaan motor setiap kali berkonvoi. Gambar 2- Faisol menyambut hari jadi yang ke-22 di Cameron Highland

0 comments: