PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei merupakan Hari Guru. Setiap tahun kedatangan 16 Mei disambut sebagai Hari Guru di negara kita. Setiap tahun tanggal 16 Mei akandisambut meriah oleh warga pendidikan yang bergelar guru. Bermacam-macam acara diadakan di sekolah-sekolah sempena menyambut hari guru. Tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi paling penting tugas guru ialah sebagai pendidik. Tugas guru ialah mendidik murid-murid agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bangun pagi peti sms penuh dengan ucapan Hari Guru dari kawan-kawan yang bergelar guru dan bukan guru. Terima kasih semua yang mengirim ucapan hari guru.Antara sms yang menarikdari kekawan ialah...

  • Banyak dapat bunga? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Banyak dapat PEN? Tanda guru bijak melakar KATA. Banyak dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.Banyak dapat MESEJ? Tanda guru sentiasa diingatai! (Thanks G, atas kiriman sms)
  • Bila murid duduk....cikgu berdiri. Bila murid diseligi....Cikgu kena gari.Murid datang naik BMW 7 Siri, Cikgu datang naik motor Honda 70cc. Murid pi belajar sampai PHD, cikgu baru berkira-kira nak sambung degree. Selamat hari Guru. ( Shah-Apa habaq hang dekat Penampang, Sabah)
  • Yusman ( Sarawak)...Erti sebenar insar bergelar CIKGU.
C: cantik budi pekertinya.
I: inovatif praktisnya
K: kreatif mindanya
G: garang semangatnya
U: unggul ilmunya.

Sempena Hari Guru, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik diri ini agar menjadi insan yang berguna. Tanpa didikan dan tunjuk ajar mu GURU tidak mungkin aku dapat mengenal ABC..., 123...,Alif Baa Taa. Terlalu besar pengorbanan mu guru..Terima kasih dan semoga Allah membalas segala jasa-jasa mu wahai GURU. (Semua guru di SK Iboi, Kupang 1982-1987, Guru-guru di SMAYK Kupang,1988-1994, Pensyarah-pensyarah di IPTAA 1998-2001 terutamanya ustaz Ibrahim dan Ustaz Ahmad Said (tutor), pensyarah-pensyarah dari JAPIM, En.Roselan Ahmad, En.Nordin (Jabatan matematik),En. Wahab dan semua insanyang bergelar guru.
Ustazah Zaidah
JAPIM, IPTAA.




Inilah antara guru-guru aku sewaktu di Sekolah Kebangsaan Iboi dulu. sekolah rendah bro masa ni. Dari kiri....Cikgu Sarehah, Cikgu Ismail, Pak Kob (PAR), Cikgu Noraini, Ustazah Azizah, Cikgu Mokhri, Cikgu Hafizah(pegang kamera), Cikgu Fazilah( tudung dan kain unggu) dan Cikgu Zainab. Gambar dirakamkan pada Tahun 1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau-Pinang. Di kalangan guru-guru ini ada yang dah bersara dan ada yang beralih ke profesion lain dan ada yang masih gigih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Terima Kasih Cikgu!!!! Walaupun sudah bergelar YB, namun jasa Cikgu Johari Abdullah(ADUN Kupang) dalam mendidik aku sewaktu di SMA Yayasan Khairiah tetap dikenang. Terima Kasih Cikgu!

0 comments: