PERGI JAHANAM DENGAN ISRAEL.

YA ALLAH ...ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL.

Gambar hari Ini

Gambar hari Ini
Seloka Kedah

Solat.

Solat.
Sembahyanglah Kamu, Sebelum Kamu di Sembahyangkan

PALESTINE

PALESTINE
Ya ALLAH selamatkanlah bumi Palestin dan juga saudara seagama kami di sana....Amin.

Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 Mei merupakan Hari Guru. Setiap tahun kedatangan 16 Mei disambut sebagai Hari Guru di negara kita. Setiap tahun tanggal 16 Mei akandisambut meriah oleh warga pendidikan yang bergelar guru. Bermacam-macam acara diadakan di sekolah-sekolah sempena menyambut hari guru. Tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi paling penting tugas guru ialah sebagai pendidik. Tugas guru ialah mendidik murid-murid agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bangun pagi peti sms penuh dengan ucapan Hari Guru dari kawan-kawan yang bergelar guru dan bukan guru. Terima kasih semua yang mengirim ucapan hari guru.Antara sms yang menarikdari kekawan ialah...

  • Banyak dapat bunga? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Banyak dapat PEN? Tanda guru bijak melakar KATA. Banyak dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.Banyak dapat MESEJ? Tanda guru sentiasa diingatai! (Thanks G, atas kiriman sms)
  • Bila murid duduk....cikgu berdiri. Bila murid diseligi....Cikgu kena gari.Murid datang naik BMW 7 Siri, Cikgu datang naik motor Honda 70cc. Murid pi belajar sampai PHD, cikgu baru berkira-kira nak sambung degree. Selamat hari Guru. ( Shah-Apa habaq hang dekat Penampang, Sabah)
  • Yusman ( Sarawak)...Erti sebenar insar bergelar CIKGU.
C: cantik budi pekertinya.
I: inovatif praktisnya
K: kreatif mindanya
G: garang semangatnya
U: unggul ilmunya.

Sempena Hari Guru, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik diri ini agar menjadi insan yang berguna. Tanpa didikan dan tunjuk ajar mu GURU tidak mungkin aku dapat mengenal ABC..., 123...,Alif Baa Taa. Terlalu besar pengorbanan mu guru..Terima kasih dan semoga Allah membalas segala jasa-jasa mu wahai GURU. (Semua guru di SK Iboi, Kupang 1982-1987, Guru-guru di SMAYK Kupang,1988-1994, Pensyarah-pensyarah di IPTAA 1998-2001 terutamanya ustaz Ibrahim dan Ustaz Ahmad Said (tutor), pensyarah-pensyarah dari JAPIM, En.Roselan Ahmad, En.Nordin (Jabatan matematik),En. Wahab dan semua insanyang bergelar guru.
Ustazah Zaidah
JAPIM, IPTAA.




Inilah antara guru-guru aku sewaktu di Sekolah Kebangsaan Iboi dulu. sekolah rendah bro masa ni. Dari kiri....Cikgu Sarehah, Cikgu Ismail, Pak Kob (PAR), Cikgu Noraini, Ustazah Azizah, Cikgu Mokhri, Cikgu Hafizah(pegang kamera), Cikgu Fazilah( tudung dan kain unggu) dan Cikgu Zainab. Gambar dirakamkan pada Tahun 1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau-Pinang. Di kalangan guru-guru ini ada yang dah bersara dan ada yang beralih ke profesion lain dan ada yang masih gigih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Terima Kasih Cikgu!!!! Walaupun sudah bergelar YB, namun jasa Cikgu Johari Abdullah(ADUN Kupang) dalam mendidik aku sewaktu di SMA Yayasan Khairiah tetap dikenang. Terima Kasih Cikgu!

Monday, 4 May 2009

KONVOI II ( Bentong-C.Highland-Tapah-Batang kali-Bentong)

Sempena dengan cuti hari pekerja baru-baru ini, aku bersama dengan member-member dari CBC (Cikgu Bikers Club) telah berkonvoi ke Cameron Highland. Ahli konvoi terdiri daripada guru-guru sekitar Bentong dan juga beberapa orang rakan bukan guru. rombongan kami lebih kurang 30 orang terdiri daripada 27 orang lelaki, 2 orang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Kami bergerak ke CH menggunakan laluan Bentong- Felda Sg Koyan-Betau- Ringlet-Tanah Rata- Brinchang. Kami bermalam di Tanah Rata, selama 2 hari 1 malam. Konvoi ini diketuai oleh En. Zulkifli bin Awang sebagai Ketua Konvoi, dibantu oleh beberapa orang AJK tertinggi. Alhamdulillah semuanya selamat.

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan diketuai oleh Ustaz Faizal, dari Pusat Tahfiz Adnan yaakob, Bentong.








Syahir kontrol hensem ketika menjamu selera di Dataran Felda Sg Koyan. Perut tu lapar sangat maklumlah kuar umah tadi belum jamah apa-pa lagi.


Bergambar di pertengahan jalan menuju ke C.Highland. Si Kari tu pakai kalung apa plak tu? Kalau pakai kalung tu boleh jadi kebal ke bro...


Berehat sambil menikmati keindahan flora dan fauna.
Perjalanan mula mencabar bila memasuki jalan grabe dan tidak berturap. peserta konvoi mula menyedut debu saat ini.Bergambar kenangan di hadapan Kilang Teh Boh sebelum melawat ladang teh yang menghijau.Aku dan geng dari SKS (Kari, Pokki, Syahir dan Apiq) bergambar kenangan Boh Tea Centre.

Tiga orang jurucakap Teh Boh dengan aksi menunjukkan Boh ada Ummmpph!!!!! Kemas bro gaya memang ada, kepala pun hampir sama jer silaunya.
Ramai-ramai serbu gerai Uncle Vello untuk membeli sayur. Sini datang,sini datang.....18 barang RM 10. Uncle dah untung besar sebab tu siap ajak bergambar kenangan lagi dengan ahli konvoi.




Insan-insan yang malang dalam konvoi kali ini.Gambar Kiri- Alakari merenung tayar yang pancit....melayang rm 68 bro duit aku . Gambar Atas- Idris sedang memerhatikan makenik membaiki motornya, terbang RM 8 kerana gantikan spark plug. Gambar Kanan-Tayar motorsikal SAA 2013 B pancit di Gohtong Jaya.




Insan-Insan Bertuah. Gambar 1- Keyo yang terus mendapat tajaan motor setiap kali berkonvoi. Gambar 2- Faisol menyambut hari jadi yang ke-22 di Cameron Highland

Sunday, 19 April 2009

Seronoknya Zaman Kanak-Kanak

Seronoknya zaman kanak-kanak, tak yah pikir tentang masalah duit,masalah rumahtangga, masalah negara,dan lain-lain lagi. Hidup penuh dengan keseronokkan bermain. Alangkah seronoknya jadi kanak-kanak.

Friday, 3 April 2009

Majlis Penangguhan Bulan dakwah

Pada tanggal 28 mac 2009 SKS telah mengadakan Majlis Penangguhan Bulan dakwah peringkat beserta dengan Majlis sambutan Maulidur Rasul. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah perarakkan serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ceramah maulidur rasul oleh Tn.Kadi Dearah Raub dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara yang dipertandingkan sempena Bulan Dakwah.Perarakkan sambil berselawat memuji kebesaran nabi Muhammad saw diketuai oleh Ustaz Nazari dan juga Tn Guru Besar.
Antara murid-murid lelaki yang mengambil bahagian dalam perarakkan ini.Kelihatan juga Cikgu Wan Sakiman segak berbaju melayu. Ada baju melayu demo ingatkan takdok!!!

Pn Emi dan Cik Juliya turut mengambil bahagian berjalan bersama-sama murid-murid perempuan.Perarakkan bermula di tapak perhimpunan sekolah melalui jalan besar di tengah bandar dan berpusing menyusuri jalan bersebelahan dengan pejabat pos Bentong. Terima kasih kepada anggota polis yang mengawal lalu lintas sepanjang perarakkan ini berlangsung.
Murid-murid Pra sekolah juga mengambil bahagian. Kelihatan farah Amalia, Shasya dan Auni sedang berjalan dengan penuh semangat.

Sunday, 15 March 2009

TAHNIAH


Tahniah diucapkan kepada adik Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal Hussin yang menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2008. Adik Nik Nur Madihah mendapat 20A (19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM 2008. Berkat usaha dan Iradah Allah SWT menobatkan anak seorang nelayan dan tukang cuci ini berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kemiskinan dan kesempitan hidup bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran. Nik Nur Mardihah merupakan pelajar di Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan ) Kota Bharu, sebuah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.
Tinggal di sebuah rumah yang disewa dengan kadar rm90 sebulan bersama ayah, ibu serta adik bongsunya. Keadaan rumah yang agak uzur serta kepayahan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan telah memberikannya kekuatan untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya dengan izin Allah berjaya dengan cemerlang. Tahniah Nik Nur Madihah, semoga kejayaan ini tidak berakhir di sini sahaja.

Monday, 2 March 2009

Sungai Tekam Plantation Resort

Bercuti bersama family di Sg Tekam Plantation Resort. Best tempat ni coz dikelilingi oleh kawasan yang menghijau, tenang dan mendamaikan jiwa. Kawan-kawan yang tengah tension dengan karenah Ketua kampung Baru tu baik datang sini. Relax dan tenangkan fikiran.

















Farah ngan Amsyar tak ingat nak balik bila dapat mandi kolam..Biasa lah budak-budak bila jumpa air apalagi..Harga chalet kat sini pun berpatutan la, tak nak tidur kat chalet boleh tempah bilik...

PROGRAM BULAN DAKWAH

Gambar Farah Amalia menyertai pertandingan Busana Muslim/ Muslimah sempena Bulan Dakwah anjuran Panatia Pendidikan Islam SK Sulaiman, Bentong.

Farah sedang memperagakan pakaiannya...bukan main lagi siap ada beg tangan lagi tu.. bila ditanya "Sape yang ajar buat gaya macam ni...?" Cikgu Ros katanya....Beg tangan tu pun Cikgu Ros yang punya. Menang ke Farah ? Tak tahu la sebab keputusannya belum diumumkan lagi...haha...